Tuesday, October 7, 2008
Mempelajari dunia Harvard
DEMAM berkempen untuk kerusi Presiden Amerika Syarikat (AS) sudah bermula. Suasananya mungkin sama dengan demam UMNO berkempen untuk memilih perwakilan ke mesyuarat di Kuala Lumpur. Gabenor Massachusetts (tempat terletaknya Universiti Harvard) Mitt Romney dibayangkan akan menjadi salah seorang daripada pelumbanya.
Romney mula menunjukkan senarai cadangan dasar yang akan menjadi tajuk-tajuk utama kempennya. Antaranya termasuklah pendirian beliau mengenai universiti. Soalan seperti adakah AS patut memberi peluang kepada imigran yang tidak mempunyai dokumen memasuki universiti di negara itu mula dijawab oleh Romney.
Dia yang memberitahu dirinya sendiri adalah imigran dan faham bahawa imigran telah memberi sumbangan penting kepada budaya AS tetap tidak bersetuju wang negara digunakan untuk membiaya pembelajaran imigran tidak halal.
Apa yang saya cuba gambarkan ialah, sama ada di Amerika atau di Malaysia, dunia universiti biasanya tetap terseret dalam agenda-agenda politik nasional. Saya percaya demam besar universiti di Malaysia sekarang ialah kempen untuk memilih Majlis Perwakilan Pelajar yang akan berlangsung pada penghujung bulan ini.
Di Malaysia selalu kedengaran bahawa orang tertentu atau sekumpulan orang dinafikan peluang untuk menyampaikan buah fikiran kepada masyarakat kampus, sedangkan kampus harus terbuka kepada pelbagai buah fikiran, walau betapa pun ekstrem pendapat tersebut.
Amalan menghalang orang atau kumpulan tertentu masuk memberi pendapat kepada masyarakat kampus dikatakan pemikiran fasis yang menghambat kesuburan intelektual, iaitu inti utama dunia universiti.
Dengan gambaran seperti ini, dikatakan universiti di Malaysia tidak mungkin gemilang, apalagi terbilang. Prasyarat untuk menjadi universiti gemilang ialah adanya autonomi yang hanya boleh ditafsir oleh orang universiti kerana orang lain tidak mungkin mengerti.
Kesimpulannya, gesaan seumpama ingin melihat Universiti Utara Malaysia (UUM) menjadi Harvard di sebelah Timur tidak mungkin kesampaian.
Dari segi pemikiran politik, sekolah yang amat masyhur di dunia ialah The Kennedy School of Government, Universiti Harvard. Pada ketika ini bekas Presiden Iran, Mohammad Khatami, yang sedang berada di AS, akan melawat Boston dan dijemput oleh institusi itu untuk berdiri di podium Harvard buat menyampaikan buah fikirannya.
Namun demikian, rancangan ini berkemungkinan tidak akan terjadi kerana adanya usaha keras untuk tidak membenarkan Khatami berucap. Jaguh kepada usaha menghalang Khatami ialah Gabenor Romney sendiri.
Akhbar The Boston Globe, 6 September telah dijadikan medan pertempuran pendapat. Seorang penulis, Ron Bogan, mempertahankan bahawa menjemput Khatami berucap di podium Harvard dianggap biadab golongan elit yang menafikan perasaan rakyat terbanyak yang sangat benci kepada orang yang pernah bersumpah untuk menghancurkan bumi Amerika.
Banafsheh Zand-Bonazzi, yang mengaku sebagai aktivis Iran di AS dan anak kepada tahanan politik di Siamak Pourzand, menyokong gerakan Romney dengan mengatakan Khatami adalah seorang Mullah yang sama dengan seorang pemandu mabuk yang telah membunuh orang dan tidak sepatutnya diberi tempat.
Pendapat-pendapat yang diwakili oleh David Nuremburt dari Sommerville, Richard C Larson, profesor dari Masachusetts Institute of Technology dan Profesor Alan Dershowitz, profesor undang-undang di Harvard seolah-olah berpendirian bahawa jika hujah digunakan untuk menolak Khatami dengan mengatakan Khatami adalah seorang teroris kerana menaja Hizbullah, pendirian ini samalah seperti rakyat Amerika menyatakan bahawa mendiang Reagan adalah teroris kerana telah menubuhkan Al-Qaeda untuk menentang kerajaan Afghanistan yang ditaja oleh Soviet.
Katanya lagi, jika Khatami ditolak mengapa pula kedatangan pemimpin-pemimpin komunis China selalu dialu-alukan dengan layanan karpet merah? Tentulah dia merujuk peristiwa Tiananmen sebagai perbandingan.
Keadaan ini tentu memeningkan kepala Derek Bok, Pemangku Presiden (Naib Canselor) Harvard. Dalam hal ini Alan Dershowitz, yang telah menulis buku Pre-emption: A Knife that Cuts Both Ways (elok dicari dan dibaca) mengatakan tidak ada sesuatu piawai yang substantif bagi menentukan siapa yang boleh dan siapa yang tidak boleh dijemput berucap di podium Harvard.
Oleh itu untuk menentukan kelayakan Khatami berucap dengan tajuk Ethics of Tolerence in the Age of Violence, katanya boleh dilihat dari pelbagai sudut. Sudut pertama, podium Harvard bukan mudah. Sesiapa yang boleh bertahan geloranya elok dipersilakan. Maksudnya orang itu hendaklah dinilai selepas dia diberi tempat.
Sekiranya dia tahan maka dia layak, sekiranya tidak dia telah membunuh dirinya sendiri. Mengingat hal ini di Malaysia, apakah mungkin Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Hadi Awang dan sekarang Tun Dr. Mahathir Mohamad atau siapa lagi, akan benar-benar diuji oleh ahli masyarakat kampus jika mereka berani berdiri di podium di sana? Atau pelayaran mereka hanya merupakan pelayaran yang cukup santai dan menghiburkan?
Kedua jika ingin menolak Khatami, hujahnya mesti bersifat seperti Khatami tidak memenuhi kriteria intelektual atau keagungan politik yang layak berdiri di podium itu. Bagi Alan, hujah-hujah lain seperti ucapan Khatami akan menyinggung golongan tertentu hendaklah tidak dipakai. Dia mengambil contoh betapa di Amerika Syarikat ‘ucapan-ucapan mencerca pelajar Islam dibenarkan sementara ucapan mencerca pelajar Hindu tidak dibenarkan’ adalah merupakan pendirian yang tidak intelektual. Alan membuat kesimpulan dengan yakin bahawa kontroversi ini akan berkesudahan dengan Kennedy School of Government akan tetap memberi peluang kepada Khatami.
Saya membentangkan episod ini dengan panjang lebar dengan tujuan memperlihatkan tradisi membuka perdebatan terhadap sesuatu keputusan berlaku di Harvard. Soal membenarkan atau tidak seseorang atau golongan memasuki kampus tetap mempunyai saringan tersendiri di universiti terbilang. Mungkin golongan intelektual di universiti di Malaysia boleh mempelajari iktibar ini.
Saya tidak fikir mana-mana universiti di Malaysia tidak membenarkan perdebatan seperti ini. Sekurang-kurangnya di UUM, hal seperti ini sangat dialu-alukan, dengan syarat bukan dilakukan secara berkonspirasi.
Seperti Derek Bok, Presiden Harvard yang pada kesudahannya membuat keputusan menerima Khatami atau tidak, demikianlah juga kedudukan Naib Canselor di universiti di Malaysia. Keputusan pasti akan dibuat. Apakah ada pilihan lain Naib Canselor selain daripada membuat keputusan?
Tentulah, setelah keputusan itu dibuat akan ada orang yang gembira dan ada pula yang tetap terasa kecewa. Yang penting ialah perdebatan intelektual sebelum sesuatu keputusan itu dibuat yang sewajarnya menggambarkan sama ada universiti itu terbuka terhadap sesuatu pendapat.
Oleh itu, situasi di Malaysia mahupun di Harvard sama sahaja. Adakah jika Derek Bok membuat keputusan tidak menerima Khatami, maka Harvard menjadi universiti yang jumud intelektual? Jika jawapannya ‘tidak’, maka piawaian yang sama elok digunakan untuk universiti di Malaysia juga.
- DATUK DR. NORDIN KARDI ialah Naib Canselor Universiti Utara Malaysia yang kini sedang cuti belajar di Harvard Business School, University Harvard, Boston, Amerika Syarikat.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment