Tuesday, April 28, 2009

Sunday, April 26, 2009

roh dan jasad

Dalam sebuah hadis daripada Aisyah r.a katanya, "Aku sedang duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah S.A.W datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah. Nabi S.A.W bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri, wahai Ummul Mukminin." Maka Rasulullah S.A.W duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.

Maka aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata, "Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku sehingga tetaplah satu umat yang ditinggalkan olehnya nabinya." Maka aku menangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitis pada wajah baginda.

Baginda terbangun dari tidurnya seraya bertanya, "Apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul Mukminin?" Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah S.A.W bertanya, "Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat?" Kataku, "Tunjukkan wahai Rasulullah!"

Rasulullah S.A.W berkata, "Engkaulah katakan!," Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada keadaan lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya sama-sama bersedih hati di belakangnya. Mereka sama-sama berkata, "Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan: "Aduhai anak!"

Rasulullah S.A.W bertanya lagi: "Itu juga termasuk hebat. Maka, manakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada hal yang lebih hebat daripada mayat ketika ia diletakkan ke dalam liang lahad dan ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat semuanya kembali. Begitu pula dengan anak-anak dan para kekasihnya semuanya kembali, mereka menyerahkan kepada Allah berserta dengan segala amal perbuatannya." Rasulullah S.A.W bertanya lagi, "Adakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah, "Hanya Allah dan Rasul-Nya saja yang lebih tahu."

Maka bersabda Rasulullah S.A.W : "Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang yang memandikan masuk ke rumahnya untuk memandikannya. Maka keluarlah cincin di masa remaja dari jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian pengantin dari badannya. Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama melepaskan serban dari kepalanya untuk dimandikan.

Di kala itu rohnya memanggil, ketika ia melihat mayat dalam keadaan telanjang dengan suara yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar. Maka berkata roh, "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul maut." Dan apabila air disiram maka akan berkata mayat, "Wahai orang yang memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh," Dan jika mereka memandikan, maka berkata roh: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh."

Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kapan serta tempat kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil, "Wahai orang yang memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku sehingga aku dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluargaku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku tidak akan dapat berjumpa lagi sehingga hari kiamat."

Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru, "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama- lamanya."

Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat, "Demi Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat."

Saturday, April 25, 2009

inzar

Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-
"Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."

Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakanoleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?" Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda.Lalu baginda menjawab:

"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki nerakaadalah seperti berikut:-




* Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.


* Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.


* Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala . Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.


* Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yangberdusta.


* Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.


* Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.


* Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran


* Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.


* Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api.Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.



* Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.


* Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk,bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.

expectation

jahanam

serah

maha agung

hamba....

Friday, April 24, 2009

god....daddy miss our family




Kids..love all of u n mummy

yummy




he so hensome...n loves satey

daddy promis u kids!



One day we will be together

azz love



Train Our Love

train our love
that it may grow
slowly...deeply...steadily;
till our hearts will overflow
unrestrained and readily.
discipline it, too,
dear God,
strength of steel
throughout the whole.
teach us patience
thoughtfulness,
tenderness, and
self-control.
deepen it
throughout the years,
age and mellow it
until, time that finds us
old without,
within,
wil find us
lovers still.
-ruth bell graham

250504

Saturday, April 11, 2009

Pemikiran luar biasa Najib

PEPATAH bapa borek, anak rintik mungkin bertepatan dengan kewibawaan Datuk Seri Najib Tun Razak yang berjaya menjadi Perdana Menteri Malaysia keenam.

Namun, untuk menjadi seperti Allahyarham Tun Razak yang dikenali sebagai Bapa Pembangunan dan tokoh serba boleh, mungkin agak sukar bagi Najib melakukannya. Beliau sendiri pernah mengakui tidak mungkin beliau boleh menjadi seperti bapanya yang disegani segenap lapisan masyarakat.

Dalam kalangan penganalisis dan pemerhati politik, ramai beranggapan Najib mampu membawa angin perubahan dalam UMNO dan pentadbiran negara sekiranya beliau benar-benar berani dan sanggup melakukan tindakan drastik untuk membersihkan imej parti, kerajaan dan persepsi rakyat terhadap kedua-duanya.

Bekas Setiausaha Politik Allahyarham Tun Razak, Tan Sri Abdullah Ahmad atau lebih dikenali sebagai Dollah Kok Lanas yang pernah berkhidmat selama 14 tahun dengan Perdana Menteri kedua itu berkata, Najib mempunyai ketokohan sebagai pemimpin yang hebat, berpendidikan tinggi, gaya percakapan yang baik dan pemikirannya tajam.

Bercakap mengenai anak sulung Tun Razak itu, apa yang boleh saya nyatakan ialah dia seorang anak yang bersopan-santun, lembut, mentaati ibu bapa serta orang yang lebih tua dan sentiasa menjaga percakapannya.

"Ternyata, pengaruh karakter ibunya, Tun Rahah dan bapanya, Tun Razak dibawa bersama dalam perwatakannya. Walaupun ayahnya lebih serius dan pendiam, Najib tidak seperti itu. Dia sebaliknya lebih ceria dan peramah.

"Dalam aspek kepimpinannya, Najib seorang yang pragmatik. apa sahaja perkara yang boleh memberi kesan positif pada UMNO akan dilakukannya.

Najib mampu melakukan sesuatu yang luar biasa dan radikal seperti mengurangkan rasuah, nepotisme, budaya high maintenance iaitu sikap menunjuk-nunjuk dan boros serta semua persepsi negatif yang dilempar kepada UMNO. Cuma persoalannya, adakah dia mempunyai iltizam untuk melakukan semua perkara tersebut?


NAJIB bersama isterinya, Rosmah Mansor serta Canselor Universiti Monash, Jerry Ellis melihat anugerah Ijazah Doktor Kehormat yang diterima Najib.

Sementara itu, sejarahwan tersohor negara, Profesor Emiratus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim turut melahirkan pandangannya yang tersendiri terhadap Najib.

"Najib bukan seorang individu yang berfikiran statik, sebaliknya beliau mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi berlainan sekali gus menjadikannya orang paling layak menerajui kepimpinan negara.

"Secara teori, Najib boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi berbeza. Beliau juga merupakan seorang intelektual dan pemimpin yang berpengalaman luas, selain boleh membawa perubahan pada negara. Tetapi dalam perjuangan untuk menuju ke arah itu, banyak cabaran yang perlu dihadapinya."

PILIHANRAYA KECIL KUALA TERENGGANU

petikan dari Tun M

Rencana ini telah ditulis semasa pilihanraya sedang berjalan. Saya pilih untuk tidak menyiarkannya pada masa itu supaya tidak dituduh mencuba mempengaruhi keputusan. Saya telah dikritik oleh seorang ahli UMNO kerana rencana saya berkenaan dilema pengundi. Rencana ini adalah sebagai jawapan kepada pengkritik saya.

2. Saya telah nyatakan pendirian saya dalam pilihanraya kecil ini iaitu saya tidak memihak kepada sesiapa.

3. Bahawa bagi sesetengah ahli UMNO pilihanraya ini penting, itu adalah pendapat mereka. Bagi saya pilihanraya kecil ini penting kepada UMNO jika ahli-ahli dan pemimpinnya dapat faham dan mengambil iktibar dari keputusannya. Saya tidak yakin mereka akan faham. Mereka akan nafi segala kesalahan mereka seperti dengan prestasi buruk pilihanraya Mac 2008.

4. Saya adalah bekas ahli UMNO dan saya amat sayang kepada UMNO yang ditubuh oleh pejuang-pejuang kebangsaan dahulu. Tetapi parti yang ada sekarang bukan UMNO dari segi semangat dan perjuangannya. Yang ada ialah parti yang utamakan kepentingan diri, terutama pemimpin-pemimpinnya.

5. Kata pepatah Melayu, "Sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang anak tangan-tangankan."

6. Sayang yang buta tuli bukan sahaja tidak baik bagi yang sayang tetapi juga yang disayangi.

7. UMNO dibawah pemimpin Dato Seri Abdullah sudah menyimpang jauh dari jalan yang lurus, dan perjuangan UMNO yang sebenar.

8. Dengan itu ahli-ahli UMNO pun tidak lagi pegang kepada matlamat perjuangan UMNO untuk bangsa, agama dan negara.

9. Majoriti ahli UMNO setia dan patuh kepada pemimpin tanpa mengambilkira apa yang dilakukan olehnya. Pepatah Melayu sekali lagi memberi pengajaran. "Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah". Kesetiaan rakyat pada Raja ada batasannya. Demikian juga kesetiaan ahli pada pemimpin harus mempunyai batasan.

10. Sesungguhnya banyak kesalahan dan dosa yang telah dilakukan oleh pucuk pimpinan UMNO dan konco-konconya.

11. Saya boleh senaraikan semua kesalahan yang dilakukan oleh Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Tetapi ia terlalu panjang. Memadai jika saya sebut beberapa sahaja yang menyebabkan saya tolak UMNO sekarang:

a) Sanggup meletak wilayah negara sendiri dibawah kuasa Singapura apabila mendakwa pembangunan dalam wilayah Malaysia perlu dapat persetujuan Kerajaan Singapura.

b) Memberi kuasa kepada anak dan menantu dalam urusan parti dan Kerajaan sehingga calon-calon PRU 12 ditentukan oleh mereka. Hampir semua dari mereka ini kalah.

c) Penglibatan anak menantu dalam perniagaan yang dikuasai oleh Kerajaan. Bantuan Kerajaan kepada perniagaan mereka. Umpamanya pengambilalihan Avenue Asset oleh ECM Libra.

d) Kegiatan beberapa pembantu khas yang ditempatkan di tingkat 4. Mereka lebih berkuasa dari KabinEt.

e) Penjualan M.V. Agusta yang dibeli dengan harga RM300 juta, tetapi dijual dengan harga RM4.00. Pembeli M.V. Agusta ini kemudian menjualnya dengan harga RM500 juta - untung RM499,999,996 juta.

f) Mengguna wang secara terbuka untuk mendapat sokongan dari cawangan-cawangan UMNO. Apabila didakwa oleh ketua bahagian, ia digantung. Laporan polis dan BPR yang dibuat oleh veteran UMNO tidak dipedulikan.

12. Kesan dari kepimpinan yang rasuah dan tidak bermoral ialah perkembangan menyeluruh politik wang semasa pencalonan oleh bahagian-bahagian.

13. Orang yang diketahui umum terlibat dengan rasuah berjaya mendapat cukup bilangan undi untuk jadi calon dalam pemilihan yang akan diadakan pada Mac. Sekaligus ternampak jelas yang ahli-ahli UMNO utamakan duit dan bukan perjuangan untuk bangsa, agama dan Negara.

14. Besar kemungkinan orang yang guna wang ini yang akan dipilih dalam pemilihan bulan Mac oleh wakil-wakil yang telah disogok.

15. Sudah tentu mereka ini akan mengetuai Kerajaan kemudian.

16. Kita akan dapat Kerajaan UMNO yang tidak bermoral dan rasuah.

17. UMNO di bawah pimpinan Abdullah telah jadi begitu lemah sehingga dikecam sewenang-wenangnya oleh kaum-kaum lain dan parti mereka.

18. Apabila dikecam pemimpin UMNO pohon maaf dan tunduk kepada pengecam. Sebaliknya jika orang UMNO mengecam parti lain, mereka digantung.

19. Semua isyarat menunjuk bahawa UMNO akan ditewas dan hancur dalam Pilihanraya Umum ke-13.

20. Saya akui saya yang pilih Dato Abdullah, Mr Clean. Saya akui juga saya tidak pandai pilih. Lihat sahaja Tun Musa Hitam, Anwar Ibrahim dan ramai dari Menteri-Menteri yang mengutuk saya apabila sahaja saya tidak jadi PM lagi.

21. Memilih semasa saya tidak tahu perangai seseorang adalah tidak bijak. Tetapi meneruskan sokongan apabila saya sudah tahu keburukan yang dilakukan oleh orang pilihan saya adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

22. Saya tidak cari untuk saya disukai ramai. Saya bertindak atas pendirian yang pada hemat saya adalah baik walaupun saya akan jadi tidak popular.

23. Hanya kerana saya dahulu menjadi pemimpin UMNO tidak bermakna saya mesti terus menyokong UMNO setelah UMNO menyimpang dari perjuangan asalnya dan sudah jadi parti milik perasuah yang hanya utamakan kepentingan diri masing-masing, yang hanya menyertai UMNO untuk dapat duit sogokan, mendapat peluang perniagaan, menjadi Menteri dan Perdana Menteri.

24. Percayalah, apabila dalam Mesyuarat Agong Mac ini calon-calon yang diketahui menyogok wang kepada wakil ke mesyuarat agong menang, UMNO akan dipandang jijik oleh rakyat semua kaum dan UMNO akan kalah pada PRU 13. Selepas itu UMNO akan terkubur dan mereka yang membawa kehancuran pada UMNO kerana wang dan keuntungan bagi diri sendiri akan dikutuk oleh orang Melayu turun temurun.

25. Biarlah kekalahan UMNO di Kuala Terengganu menjadi pengajaran pada UMNO. Janji-janji memberi wang untuk pembangunan tidak lagi berkesan kepada pengundi umum. Sesungguhnya rakyat termasuk orang Melayu meluat melihat sikap ahli dan pemimpin UMNO.

gila kerja

Satu ketika dahulu bangsa Eropah menganggap negara-negara mundur sebagai pemalas. Kemudiannya bangsa Amerika melihat Eropah sebagai tempat orang-orang malas, kerana di Amerika mereka bekerja hampir 2 kali ganda lebih lama. Namun kini bangsa Amerika mulai resah melihat bangsa Jepun dan Korea yang betul-betul ‘gila kerja’, sehingga tidak mempunyai banyak masa terluang kecuali weekend. Sekarang mereka pula resah melihat pola kerja bangsa Cina, hingga produk ‘Made in China’ ada di mana-mana.

workaholic.JPG

Kalau aku katakan masyarakat di Malaysia ini gila kerja, pasti ia masih boleh dipertikaikan. Ya, memang ada yang gila kerja. Tapi lebih ramai yang ‘pandai’ curi-curi masa bekerja. Aku tidak pasti kenapa.

Aku cuba membuat perbandingan dengan beberapa negara tempoh masa bekerja mereka. Serta tidak lupa ke’efisyen‘an masa bekerja mereka.

1. Singapura

Mereka biasa bekerja overtime. Jika di masa bekerja mereka cuma sampai pukul 5 petang, seringkali mereka akan balik ke rumah dalam pukul 6 atau 7 malam.

singapore-office-1.jpg

2. Eropah

Mereka amat punctual. Katakan mereka bekerja sehingga pukul 5 petang. Maka mereka akan pulang juga tepat pada pukul 5 petang. Amat jarang mereka buat overtime. Biasanya mereka akan pergi minum atau makan dulu bersama rakan sejawat sebelum balik ke rumah.

europe-office.jpg

3. Jepun

Mereka gila kerja. Sangat! Mereka selalunya akan pulang ke pejabat dalam pukul 10 malam. Memang betul-betul mereka suka bekerja. Mereka sangat tepati masa dan rajin.

japan-office.jpg

4. Malaysia

Oh kalau di sini, habis kerja memang pukul 5 petang. Tapi selalunya sebelum pukul 5 sudah berada atas jalan raya. Lagi advanced, sudah landing atas katil empuk…hehe.

malay-road.jpg

Di Jepun ia adalah suatu yang biasa untuk mereka bekerja kuat. Lelaki yang kuat bekerja menjadi kebanggaan isteri dan seluruh ahli keluarganya. Adalah menjadi suatu kebiasaan bagi orang Jepun bekerja sehingga lewat malam. Suatu perkara yang luar biasa apabila seseorang pulang awal ke rumah. Mereka yang pulang awal selalunya diberikan pelbagai tanggapan yang negatif sama ada dipecat, sakit, malas ataupun ponteng kerja.

Di Malaysia pula, suami yang pulang awal sangat disayangi oleh isteri mereka. Makin bertambah sayang kalau balik awal malam Jumaat….opppsss.

husband-n-wife.jpg