Tuesday, October 14, 2008

Johari Window

JOHARI WINDOW

Johari Window ni adalah satu model untuk menerangkan tentang kesedaran kita tentang personaliti dan sikap kita sendiri serta bagaimana orang lain memandang diri kita.

Johari Window dibahagikan kepada 4 tetingkap. Tingkap-tingkapnya adalah Arena, Blindspot, Facade dan Unknown.

Saya tahu dan orang lain juga tahu(Arena).

-Tetingkap ini adalah yang paling biasa. Contoh yang mudah adalah seperti jantina, bangsa, nationality, dan benda-benda kegemaran kita. Tingkap ini biasanya kecil apabila seseorang itu baru mengenali seseorang tapi akan bertambah besar lama-kelamaan.

Saya tahu, tapi orang lain tidak tahu(Facade).

-Tingkap ini pula perlulah dijaga dengan betul. Sikap dan amalan buruk sudah tentu tidak mahu didedahkan pada orang ramai. Islam juga melarang kita membuka aib sendiri, apatah lagi membuka aib orang. Walaubagaimanapun, apa-apa yang buruk dalam tetingkap ini, pada pandangan saya elok dikikis dan dibuang jauh-jauh. Ini kerana apabila ia masuk ke tetingkap Arena, buruk padahnya.

Saya tidak tahu dan orang lain juga tidak tahu(Unknown).

-Tingkap ini adalah paling selamat dan perlu diteroka untuk memahami lagi potensi dan kelemahan diri. Contoh paling mudah adalah bakat yang belum terserlah. Kita perlu meneroka dan mencuba banyak benda untuk mengetahui apa kebolehan diri. Apa-apa yang dijumpai dari tingkap ini boleh terjun kemana-mana tingkap apabila telah kita atau orang lain temui.

Saya tidak tahu tapi orang lain tahu(Blindspot).

-Tetingkap ini adalah paling bahaya. Siapa yang mahu orang lain tahu tentang dirinya yang dirinya sendiri tidak tahu?Jika perkara tentang diri kita dalam Blindspot itu adalah perkara yang elok, mungkin bukan masalah yang besar. Tapi, jika perkara itu adalah, perkara yang buruk, mungkin tak berapa elok untuk kita. Oleh itu, cubalah untuk mengurangkannya seminima mungkin denagn mengambil semua pandangan dari pelbagai orang(360 degree feedback).

No comments: