Pada tahun 1948, Tunku telah dilantik menjadi pengerusi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersekutu (UMNO) negeri Kedah. Tunku telah kembali ke London untuk menyiapkan tajuk kajian tentang Undang-undang bagi melengkapkan pengajiannya. Pada tahun 1949, Tunku telah dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Alor Setar. Pada Ogos 1951, suatu krisis dalaman UMNO, keadaan ini memaksa Datuk Onn Jaafar meletakkan jawatan dan Tunku dilantik sebagai presiden. Beliau memegang jawatan itu selama 20 tahun. Di bawah kepimpinannya, Perikatan memenangi Pilihanraya Umum pertama pada 27 Julai 1955. Parti Perikatan telah memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi dipertandingkan. Tunku kemudiannya dilantik sebagai Ketua Menteri Negara dan Menteri Dalam Negeri yang pertama. Pada 31 Disember 1956, beliau mengetuai misi ke London untuk membincangkan dengan pihak Kerajaan British mengenai kemerdekaan Tanah Melayu. Hasil dari mesyuarat tersebut, Perjanjian Merdeka (Independent Treaty) ditandatangani di Lancaster House, London pada 8 Februari 1956 dan seterusnya Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Tunku kemudiannya dilantik sebagai Perdana Menteri Tanah Melayu yang pertama, dan terus mengetuai Perikatan ke arah kegemilangan pada Pilihanraya Umum 1959, 1964 dan 1969. | ||||
Pada 6 Jun 1960, Tunku telah dikurniakan Doktor Kehormat Undang-undang oleh University Cambridge. Tunku juga telah menerima darjah yang sama daripada Universiti Malaya, University of Sydney, University of Areneta Filipina, University Saigon tahun 1961, Aligarh Muslim University di India tahun 1962 dan Seoul National University pada tahun 1965. Dalam tahun 1961, Tunku adalah salah seorang pengasas Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) semasa memegang jawatan Perdana Menteri. Pada bulan November 1961, Tunku telah melawat London untuk berbincang dengan kerajaan British tentang penubuhan Malaysia. Satu suruhanjaya khas telah dilantik untuk membuat pungutan suara bagi penduduk negeri Sabah dan Sarawak. | ||||
Dalam tahun 1962, Tunku telah menjadi Canselor pertama Universiti Malaya. Beliau telah sekali lagi pergi ke London pada bulan Julai untuk perbincangan lanjut mengenai penubuhan negara baru iaitu Malaysia dengan cadangan tarikh pada 31 Ogos 1963. Tunku adalah seorang olahragawan yang aktif. Beliau juga peminat setia bagi sukan bola sepak. Di samping itu, beliau merupakan Presiden Bola Sepak Persekutuan Tanah Melayu, Persekutuan Bola Sepak Asia, dan Badminton Asia. Secara peribadi, beliau juga meminati sukan golf, berlayar dan seni fotografi. Beliau juga memilki koleksi luar biasa senjata Melayu terutamanya keris. Beliau meninggal dunia pada 6 Disember 1990 sewaktu berumur 87 tahun, dan disemadikan di Makam Diraja Langgar, Alor Star Kedah. |
Wednesday, October 29, 2008
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 8 Februari 1903. Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak yang kedua puluh kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Ibunya adalah Che Manjalara. Selepas menerima pendidikan awal di sekolah Melayu dan Inggeris di Alor Setar, Tuanku telah dihantar melanjutkan pelajaran di Bangkok. Dalam tahun 1920, Tunku telah menerima Biasiswa Negeri Kedah untuk melanjutkan pendidikannya di Kolej St. Catharine di University Cambrige dan berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam Undang-undang dan sejarah pada tahun 1925. Selepas kembali ke tanahair iaitu dalam tahun 1931, beliau menyertai Perkhidmatan Awam Kedah sebagai Pegawai Daerah di beberapa daerah di negeri Kedah. Di antaranya ialah Kuala Nerang, Langkawi, Sungai Petani dan akhirnya di Kulim.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment