Friday, May 29, 2009

graduate school


Takdir Seorang Isteri


Senyumnya dihembuskan pada mataku
Pintu terbuka mewarnakan hati
demikianlah cinta seorang isteri
setianya, mekar


Penat dari musim
yang hinggap dalam perjuangan
menjadi beburung senja
sewaktu kasih berbunga berseni
sebuah pulang bersambut sayang


Ombak yang dibawa
mengusik hujan setia
sedangkan laman tumbuh rindu
mantap diwajah waktu


Duhai isteri yang menanti
sediakan kamar yang berwarna
nanti kita hirup dan jamah
maknanya
Hkikat diri begini


Dan kepulangan ini
membuka pintu syurga insani
rela mengibar selera cinta


Isteriku, terimalah sekuntum hasrat
doaku doamu, mohonlah berkat


GreeN


Green ... so Green

Meeting Database




Realiti


ATFIE wedding card design...release now!
















































































first time in Terengganu River...


Junior Golfer - arewishatfie


adik..daddy rasa adik boleh ganti tiger wood...hihihi

myself


Mama In Memory

Mama In Memory

zainun muda (kokurikulum)

SMK Rusila sebuah sekolah yang terletak di KM 10 Jalan Kuala TerengganuKuantan. dan dibuka pada tahun 1997. Sekolah ini mempunyai seramai 640 orang murid (April 2007 ) dan 52 orang guru. Pengetua SMK Rusila pada tahun 2006 ialah Pn. Hjh. Zainun binti Muda. Sejarah Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat SMK Rusila bermula sebaik sahaja Cikgu Abdullah bin Abdul Rahman ( CgAbdullah Bomba ) bertugas di SMK Rusila, Marang, pada bulan 19 Mac 2006. Beliau telah menyatakan hasratnya kepada Penolong Kanan Kokurikulum ( En. Mohd Suberi bin Abdullah ) dan kemudiannya kepada Pengetua ( Pn. Hjh. Zainun binti Muda ) untuk menubuhkan 2 platun pasukan bomba ( Platun Putera dan Platun Puteri ) di SMK Rusila . Penolong Kanan dan Pengetua bersetuju akan cadangan tersebut. Tambahan pula pada ketika itu ( 2006 ) SMK Rusila menyertai Pertandingan 3K Peringkat Kebangsaan dan penglibatan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat amat penting dalam pemarkahan 3K. Sejurus selepas surat mohon kebenaran untuk menubuhkan pasukan kadet bomba diluluskan oleh Pengetua, surat untuk mendapat sokongan penubuhan kadet bomba daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Marang diurus dan seterusnya kepada Jabatan Pelajaran Terengganu dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu untuk pertimbangan dan kelulusan. Walaupun urusan pendaftaran baru sahaja selesai Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat SMK Rusila terus bergerak dan menjalankan pelbagai aktiviti antaranya Mengurus Program Pengungsian Bangunan SMK Rusila dan Membersih tar Dataran Abdul Aziz. Segala tugas yang diamanahkan dilaksanakan dengan baik oleh semua guru pemimpin, ahli-ahli dan dibantu oleh anggota bomba dan penyelamat Marang. Kami berasa amat bangga kerana dapat menyumbang bakti kepada sekolah dan SMK Rusila telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan 3K Peringkat Kebangsaan 2006.. Pada tahun 2007 Pasukan Kadet Bomba SMK Rusila terdiri daripada 40 orang kadet putera dan 35 orang kadet puteri. Dengan jumlah yang ada kami bersedia untuk menyertai perrtandingan kadet bomba peringkat daerah dan sebagainya. Pada bulan Mac ( 27- 29 Mac ) pasukan kami telah menyertai Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat Peringkat Daerah Marang bertempat di Tapak Perkhemahan MD Hulu Terengganu- Sekayu. Sebanyak 10 buah sekolah menyertai perkhemahan tersebut dengan kapasiti keseluruhan ahli seramai 640 orang. Pasukan kami telah menempa sejarah walaupun baru setahun jagung ditubuhkan. Kejayaan pasukan kami ialah : -1. Naib Johan Pertandingan Kawat Kaki Putera2. Ketiga Pertandingan Kawat Kaki Puteri3 Ketiga Pertandingan Kebudayaan.Walaupun pencapaian ini tidaklah begitu tinggi, tetapi ia telah mencapai target dan ini merupakan satu permulaan yang baik untuk kami mencapai prestasi yang lebih cemerlang dan gemilang nanti Kini, pasukan ini dengan kekuatan dan kesepaduan yang ada tidak akan menoleh ke belakang lagi untuk terus maju. Kepemimpinan pasukan yang sangat komited dan berwibawa dengan ahli-ahli yang begitu berdisiplin dan berhati waja akan memastikan pencapaian kami lebih memberangsangkan lagi pada tahun tahun yang akan datang InsyaAllah." Cekap - Pantas - Berwibawa "Sekian.

Thursday, May 21, 2009