Sunday, February 22, 2009

mengapa hayudi bijak

Mengapa Yahudi Bijak? Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani
housemanship di beberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang
menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu mengapa
Yahudi bijak? Memang tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan berbangsa
Yahudi, dari segala bidang, engineering, muzik, saintis dan yang paling
hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir
70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian,
pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.
Ketika tahun kedua, akhir bulan Disember 1980 dan sedang saya menghitung
hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi
begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini
suatu kebetulan? Atau oleh manusia sendiri? Adakah kebijaksanaan boleh
dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pun tergerak membuat tesis
untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup
secara harmoni.

Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir
lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.
Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama,
persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi
saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum-kaum lain. Marilah kita
mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah
mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan
ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa
akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama
suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering
membawa buku matematik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang
beliau tak dapat menyelesaikannya, oleh kerana saya memang minat tentang
matematik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya
kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, ya, ini untuk
anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau,
semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak. Perkara ini membuat saya
tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya.

Berbalik kepada matematik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan
matematik sehingga beliau melahirkan anak. Seperkara lagi yang saya
perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar
sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari
makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang
digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging
ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi
kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan
otak anak di dalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang-orang
Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi satu kewajipan untuk ibu-ibu
yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. Ketika saya diundang
untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya
perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yang sama perhatikan ialah
mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya
daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka,
campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah
suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan
memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan
terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan
buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan karbohidrat
(nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita
rasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah
Yahudi, jangan sekali-kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh
anda keluar dari rumah mereka dan merokok diluar rumah mereka. Menurut
saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat
merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini
bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh
atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yang
mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian.
Ironinya, pemilik & pengeluar rokok terbesar adalah.... (tekalah
sendiri..!)

Pemerhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, pemakanan
anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama
kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Di
dalam pengamatan saya, kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata
mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan dari awal
lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu
kewajipan. Menurut mereka, bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat
meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak
itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate
(semacam senaman untuk otak) dengan itu terdapat ramai sekali genius muzik
terdiri dari kaum Yahudi. Seterusnya dari darjah 1 hingga 6, anak-anak
Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains
amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan
dengan anak-anak di California, ianya jauh berbeza dari segi IQ dan boleh
saya katakan 6 tahun kebelakang!!! Segala pelajaran dengan mudah ditangkap
oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi, sukan juga menjadi kewajipan
bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan
berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak
memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk
perkhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah). Disini
murid-murid diberi penekanan dengan matapelajaran sains dan mereka
digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala
kelihatan lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi
ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke
institut tinggi di politeknik dan universiti. Satu lagi yg diberi
keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat
mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir
tahun di universiti, para penuntut dibidang perniagaan dikehendaki
melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika
kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) mendapat keuntungan sebanyak
$US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh
dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak
hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan dunia! Siapakah yg mencipta
design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti
bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah
satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini
dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak
agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya
menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat menstimulasikan otak
kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering
menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun
yang pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi
(ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah! Berpusat di New York,
dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk
melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea
yang bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir
dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan
perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck,
Dell computer, Coca-cola, DKNY, Oracle, perfileman di Hollywood, Levis,
Dunkin Donut dan ada beratus-ratus kedai ternama dibawah naungan dewan
perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New
York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan
memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah
saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan
doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak
boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa,
beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu
mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yang mudah
tetapi konsisten disamping mendengar muzik klasik. Seterusnya ubahlah cara
pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berhasiat yang baik untuk otak,
menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak
kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih
anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yang memerlukan
tumpuan yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
Merokok menjanjikan jenerasi yang moron (goblok) dan sudah tentu gene
bodoh akan mengikuti generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada
tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak
tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga
sekotak rokok? US$ 7!!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan
anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan
sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan
segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat
banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya
negara Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!! Anda mungkin
musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah
menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat sahaja di Indonesia,
jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater,
kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asap rokok!
Dan harga rokok? Cuma US$ 0.70cts!!! Dan hasilnya? Dengan penduduknya
berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat disana? Hasil
apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat
berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar
sekali menguasai Bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di
pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda
fikirlah sendiri.

Dalam tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa,
adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Pharaoh
(firaun) hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang
ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yang
bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan
ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendidik anak dan
saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri
pada cucu saya, setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah
saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat
menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai
mengapa saya gemarkan tomato! Selamat sejahtera dan semoga kita dapat
melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia
sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.




================DISCLAIMER======

Friday, February 13, 2009

Mengenang Sejarah

Mengenang Sejarah

Sudah Ada MB Enggan Letak Jawatan Di Perak Sebelum Ini



DALAM mencari penyelesaian perang tempoyak di Perak hari ini bukan boleh dilakukan

dengan cara menegakkan benang basah atau pun secara 'keras kin'. Sebaik-baiknya ialah

merujuk kepada perundangan, perlembagaan dan juga adat istiadat Melayu. Peristiwa

atau kejadian lepas adalah paling afdal untuk dirujuk.



Semua pihak harus menyedari apa yang dilakukan Mohammad Nizar Jamaluddin dan

Pakatan Rakyat mereka bukan tergilakan kepada jawatan MB yang dianggap sudah

disamun secara penuh tektikal itu. Tetapi mereka hanya mahu menuntut keadilan. Itu

saja.



Makanya penyeselaian secara berhemah dengan berpandukan kepada perlembagaan,

kitab tatacara sesebuah negara. Jika perlembagaan sudah tidak dipakai, diletakkan di
kaki

dengan apa lagi hendak dijadikan panduan? Maka jadilah kita seperti haiwan; harimau,

singa, ular tedong dan monyet. Mereka mana ada kitab tata cara hidup.

Mengenai pergolakan politik yang berlaku di Perak itu ada satu lagi versi atau cebisan

sejarah lama boleh dijadikan panduan. Ianya dirasakan adil dan relevan kerana ia telah

berlaku di negeri itu kira-kira 35 tahun lalu.



Kisah itu ialah mengenai apa yang menimpa ke atas bekas Menteri Besarnya, Tan Sri

Mohamad Ghazali Jawi iaini bapak kepada Mohd Tajol Rosli pada tahun 1974. Apa yang

berlaku ke atas Nizar hari ini senarionya sama walapun suasananya dan kondisinya

berbeza.



Sultan Perak waktu itu, Sultan Idris Shah sudah tidak berkenan untuk melantik Ghazali

Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua (sambung selepas habis dua tahun). Bagaimana

pun Ghazali tidak mahu melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu

menimbulkan masalah kepada Sultan Idris Shah.

Tindakan Ghazali itu menyebabkan Sultan tidak dapat berbuat apa-apa, kerana

Perlembagaan Perak melarang baginda berbuat demikian. Apa yang menjadi alasan dan

dipertikaikan Nizar kini itulah juga yang digunakan pakai oleh Ghazali untuk terus

menjadi MB.



Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; "Sultan Perak mempunyai hak melantik

dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan

diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau

memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan

seseorang berhenti dari Menteri Besar, iala Presiden UMNO"

Gara-gara keengganan Ghazali (foto) itu menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar

baginda tidak akan mencukur janggut dan jambannya selagi Ghazali tidak berhenti

menjadi MB.



Untuk beberapa ketika Sultan Idrsis tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan

berjamban.



Ghazali berhenti menjadi MB Perak bukan kerana kuasa sultan tetapi setelah beliau

dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu Hussein Onn menasihat agar Ghazali berbuat

demikian. Atas nasihat Hussein Onn lah Ghazali membuat surat perletakan jawatan

sebagai MB 1977.



Cuplikan kisah ini saya petik daripada buku biografi Tan Sri Ishak Tadin yang ditulis

oleh penulis veteran Perak yang juga merupakan kawan rapat kepada Sultan Idrsis Shah,

sdr Mokhtar Petah dan disedut daRI blog beliau;

Cuplikan itu seperti mana berikut:



DEWAN SANATE

Setelah tamat perkhidamatan di MAsir, Haji Mohd. Ghazali Jawi telah pulang ke tanah

air dan dilantik sebagai ahli Dewan Sanat - senator. Dia telah memegang jawatan

Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Setiausaha Agung UMNO.

Pada pilihan raya 1964 beliau telah menang merebut kerusi Dewan Rakyat (Kuala

Kangsar) dan dilantik memegan jawatan Menteri Tanah dan Galian. Kemudian dia

memegang jawatan Menteri Pertanian dan Perikanan.

Sultan Idris Shah telah tidak berkenan melantih Haji Ghazali Jawi sebagasi Menteri

Besar Perak kerana pada masa dia memengang jawan Menteri Besar pertama, pada

tahun 1960 dia telah ditangkap oleh polis atas tuduhan melakukan rasuah.



ARAB BERSATU



Kes Haji Ghazali itu digantung dengan kehendak Perdana Menteri. Dia telah dihantar ke

Republik Arab Bersatu. Pada masa itu Sultan Idris Shah masih Raja Di Hilir Perak.

UMNO Negeri Perak telah menjadi dua golongan. Satu golongan di sebelah bekas

Menteri Besar, Haji Kamaruddin dan memihak kepada Sultan Perak. Manakala pihak

yang lain memihak kepada Haji Ghazali Jawi dan menentang Sultan Perak.

Kalangan UMNO yang menyebelahi Haji Kamaruddin Haji Mat isa, di antaranya

anggota-anggota Pemuda UMNO negeri, Abu Bakar Ashaari dan Abdullah Haji

Mohamad.



MENJADI PERUNDING



Mereka disebelah Haji Ghazali Jawi terdiri dari ahli-ahi Dewan Negeri Perak, di

antaranya, Hisan Ibrahim, Shafie Mat Saman, Masu'ud bin Untoi dan Ismail Abdul Rauf,

Dato' Abdul Malik Ahmad, Dato' Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, Perdana

Menteri, Tun Abdul Razak yang mahu krisis antara UMNO dengan Sultan Perak itu

mencapai penyelesaian segera, Allahyarham telah menggunakan Ishak Tadin menjadi

'perunding' antara Saultan Idris dengan Haji Ghazali Jawi.



Ishak Tadin telah menggunakan kebijaksanaan dan diplomasinya memujuk Sultan Idris

Shah. Pada satu malam beliau telah (berkata - MSO) kepada Baginda, bahawa Perdana

Menteri, Tun Abdul Razak memohon Baginda melantik Haji Ghazali Jawi ke jawatan

Menteri Besar dengan bersyarat, iaitu untuk selama dua tahun sahaja. Kemudian

Baginda boleh melantik ahli Dewan Undangan Negeri yang lain sebagai Menteri Besar

Perak.



MENGANGKAT SUMPAH



Sultan Idris yang yakin akan kejujuran Ishak Tadin sebagai pegawai tinggi kerajaan

negeri, telah bersetuju dengan syarat itu dan baginda berkenan melantik Haji Ghazali

Jawi untuk memegng jawatan Menteri Besar Perak.

Pada 4 September 1974, Haji Ghazali Jawi telah mengangkat sumpah memegang

jawatan Menteri Besar, di hadapan Sultan Idris Shah, dalam Balai Rong, Istana

Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.



Dua hari kemudian, Sultan Idris Shah telah memanggil saya mengadap Baginda, di

Istana Tambon, Ipoh. Dalam pertemuan saya dengan Baginda itu, saya telah

memaklumkan kepada Baginda, bahawa dalam Perlembagaan negeri Perak tidak

termaktub yang Sultan boleh melantik seseorang menjadi Menteri Besar selama dua

tahun.



PARTI POLITIK



" Kalau Tuanku melantik seseorang ahli Dewan Negeri Perak menjdi Menteri Besar,

maka jawatan itu kekal kepada orang itu sehingga pilihan raya umum akan datang, iaitu

kira-kira empat atau lima tahun," kata saya kepada Baginda.

Saya melihat wajah baginda membayangkan perasaan sesal baginda melantik Haji

Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak.



Kemudian saya memohon Baginda bersabar kerana untuk mengelakkan dari berlaku

krisis antara parti politik yang memerintah dengan Istana Baginda telah setuju.



MENYIMPAN JANGGUT



Setelah cukup tempoh dua tahun Haji Ghazali Jawi memegang jawatan Menteri Besar,

dia tidak mengundurkan diri dari kerusinya. Sultan Idris Shah telah menimbulkan

perkara itu dalam beberapa dari titah Baginda kepada orang ramai.

Haji Ghazali Jawi dan beberapa orang anggota UMNO Perak telah menyanggah titah

Sultan Idris Shah dengan berkata, "Tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak Sultan

melantik seorang ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar selama dua

tahun."



Semenjak itu krisis antara UMNO dengan Sultan Idris Shah berlarutan, sehingga tahun

1977. Sultan Idris telah mengadakan nazar di Pulau Pangkor, iaitu selagi Haji Ghazali

Jawi tidak meletakkan jawatannya, Baginda akan terus menyimpan janggut, jambang

dan misai dan tidak akan menanda-tangani sebarang surat Majlis Mesyurat Kerajaan

(EXCO) Negeri Perak.



BURUK SANGKA



Selama kira-kira dua tahun Sultan Idris Shah tidak bekerjasama dengan Menteri Besar

dan tidak memperkenankan sebarang keputusan mesyuarat Exco Negeri Perak. Banyak

rancangan kerajaan, terutama berhubungan dengan kelulusan dan pembangunan tanah

menjadi tergendala.



Haji Ghazali Jawi terpaksa meninggalkan jawatannya kerana diberhentikan oleh

Presiden UMNO - BN dan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada tahun 1977. Sultan

Idris Shah kemudiannya telah melantik Datok Sri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh,

ahli Dewan Negeri (berunding dengan pihak ibu pejabat polis, di Kuala Lumpur

mengenai kes tersebut. Kes itu telah diganntung atau dimansuhkan. Akhirnya Haji

Ghazali Jawi telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak. Beliau lantik

sebagai duta Persekutuan Tanah Melayu ke Republik Arab Bersatu, Masir.