Pengenalan
Ketika Frank Parsons memulakan program bimbingan di Boston, Amerika Syarikat pada tahun 1908, tumpuan perhatiannya adalah pada kesecocokan ciri-ciri individu dengan ciri-ciri pekerjaan dan pendidikan. Malah biro bimbingan yang ditubuhkannya juga diberi nama Bosto's Vocational Bureau, yang dengan jelas memberi penekanan pada bimbingan kerjaya.
Ketika bimbingan dan kaunseling diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan di sekolah pada sekitar tahun 1960-an, keadaannya tidak jauh berbeza daripada apa yang berlaku di Boston, seolah-olah bimbingan dan kaunseling semestinya berkaitan dengan educational and vocational choice sahaja, sehingga wujud beberapa badan profesional pada peringkat negeri dan negara yang bergelar Vocational Association seperti Selangor Vocational Guidance Association (MAVOGA). Keadaan yang sama juga dapat kita lihat di negara-negara ASEAN dengan tertubuhnya ARAVEG.
Kini keadaan sudah jauh berubah. Tumpuan tidak lagi pada program bimbingan sahaja, bahkan lebih kompleks daripada itu. Kaunseling di Malaysia sudah begitu maju dan matang, sehingga wujud Akta Kaunseling yang tersendiri. Kaunseling kini bukan sahaja tidak terbatas pada isu-isu pendidikan dan kerjaya, bahkan tidak lagi terhad kepada Kementerian Pendidikan sahaja. Malah, kauseling sudah wujud dalam pelbagai bentuk dan rupa di kementerian, jabatan kerajaan dan swasta, termasuklah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) dan klinik swasta.
Apakah yang melonjakkan perubahan ini?
Setelah menyedari peri pentingnya bimbingan dan kaunseling, beberapa orang tenaga akademik, khasnya dari Institusi Pendidikan tinggi Awam seperti Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan dan Universiti Pertanian Malaysia, sekitar tahun 1970-an telah dihantar ke luar negara, khususnya ke Amerika Syarikat, Kanada dan United Kingdom untuk mengikuti program pengajian ijazah lanjutan pada peringat sarjana dan Ph.D dalam bidang kaunseling. Bilangan mereka tidak ramai, tetapi mereka telah berangkat untuk melanjutkan pelajaran dan pulang dengan wawasan dan misi tertentu.
Sekembalinya para sarjana ini ke tanah air, wujud suatu impetus untuk mengembangan bidang kaunseling atau runding cara. Merea menjadi spearhead bagi perkembangan dan kemajuan kaunseling di Malaysia. Antaranya, ialah Puan Datin Fauziah Elias, Prof. Dato' Abdul Halim Othman, Dato' Prof. Amir Awang, Dato' Yunus Noor, Datin Dr. Mizan Adiliah, Datin Dr. Amla Salleh, dan beberapa orang lagi.
Dengan sokongan padu Pengarah Institut Teknologi Mara (ITM) ketika itu, Tan Sri Prof. Emeritus Awang Had Salleh, mereka telah menubuhkan Persatuan Kaunseling Malaysia atau PERKAMA pada tahun 1980 sebagai 'vehicle' yang akan memajukan kaunseling di Malaysia. Sebagai sebuah badan profesional, berbagai-bagai aktiviti profesional dikendalikan oleh badan ini. Aktiviti terpenting ialah Konvensyen Dwitahunannya yang diadakan secara bersiri. Melalui PERKAMA dan aktiviti-aktivitinya, serta perancangan dan pelaksanaan program latihan yang lebih berfokus dengan sokongan para sarjana lain, misalnya Prof. Suradi Salim, Prof. Shuaib Din, Prof. Othman Mohammad, Dr. Fadzil Che Din, Dato' Dr. Mat Saat Baki, Dr. Rohani, Dr. Aminah Hashim, Encik Abdul Latif, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Kementerian Pendidikan, dan badan profesional lain, lebih ramai kaunselor terlatih telah berjaya dihasilkan.
Kini kaunseling di Malaysia tidak lagi terbatas pada fungsi bimbingan kerjaya dan pendidian atau pada fungsi 3M sahaja, iaitu mencegah, mengembang, dan memulih, atau sekadar 4M, iaitu mencegah, mengembang, memulih dan melerai krisis, malah telah berjaya merangkum dan melaksanakan 5M. Fungsi 5M bermaksud mencegah (preventive), mengembang (developmental), memulih (remedial), melerai krisis (crisis intervention), dan mengendalikan perundingan (consultation). Ini mengambarkan kepesatan perkembangan dan kemajuan bidang kaunseling di Malaysia.
Suatu perkembangan terbaru dalam bidang kaunseling yang menunjukkan potensinya ialah kaunseling di tempat kerja. Bank Negara Malaysia telah memulakan langkah awal dalam kaunseling ini pada suatu ketika dahulu dan langkah ini dilanjutkan oleh Jabatan Perhidmatan Awam. Pada hemat saya, perkembangan ini merupakan suatu perkembangan in the right direction yang harus diberi perhatian serius.
Mengapa?
Pertama, banyak sebab dan justifikasi boleh diutarakan bagi menyokong mengapa kaunseling di tempat kerja begitu crucial. Sebelum ini pihak industri, dan kini organisasi telah menerima hakikat, yakni"
"...an escalating number of employers now recognize human capital as a valuable resourse and consequently there is an increasing realization that employee personal welbeing is an important determinant of organizational prosperity."
(Appelbaum & Shapiro; 1989)
Produktiviti dan kecemerlangan organisasi amat bergantung kepada kualiti sumber tenaga manusia. Lantaran itu, industri dan organisasi amat menitikberatan kualiti satafnya, agar mereka dapat berfungsi secara optimum dan memberi sumbangan maksimum kepada organisasi dan industri.
Kedua, jika kaunseling dilihat mempunyai keupayaan 5M - mencegah, mengembang, memulih, melerai krisis, dan mengendali perundingan, maka dengan sendiri organisasi dan indusrtri bersefakat menerima kaunseling di tempat kerja sebagai penawar penyakit di industri dan pemangkin perkembangan potensi manusia.
Mengapakah "penawar" dan pemangkin" ini menjadi begitu penting pada hari ini? Antaranya, industri dan organisasi kini tida lagi berhadapan dengan persaingan yang terhad, malah segala benteg dan sekatan sudah ditiadakan melalui proses globalisasi. Untuk bertanding dan bersaing dalam dunia tanpa sempadan yang menuntut segala-segalanya berjalan pantas bagi menghasilkan produk dan perkhidmatan yang superb, industri dan organisasi amat memerlukan human resources yang superb dan berkualiti tinggi. Ke arah itu, sudah diketahui umum bahawa dalam persaingan sengit dan perubahan pesat yang disertai kemajuan mendadak ini, human resources terpaksa berhadapan dengan:
a) masalah kronik seperti alcoholism, penagihan dadah dan mental disorder;
b) masalah situational seperti masalah rumahtangga, perkahwinan, kewangan dan sebagainya;
c) masalah stress yang kian meruncing disebabkan oleh:
i. dasar, sistem dan struktur organisasi;
ii. sifat kerja (nature of work);
iii. persekitaran kerja (work environment); dan
iv. dua/multiple role pekerja
yang telah melahirkan beberapa pernyataan, misalnya:
"Today, stress and its resulting illnesses impact worers in almost every corner of the world. In Australia, stress claims by goverment workers increased by 90% between 1990 and 1993. A French survey showed 64% of nurses and 61% of teachers were upset over the stresses associated with their jobs. Another study found that stress related diseases such as high blood pressure and heart attacks cost the U.S. economy 200 billion a year in absenteeism, compensation claims and medical expenses.
(Veninga; 1998)
"Workplace stress has reached epidemic proportions in the U.S. In 1996, the market research firm Market data found that nearly 75% of the people seeking stress reduction were being treated for workplace stress. Indeed, many common illness reported by disabled workers (from gastro-intestinal problems and mental disorders to substance abuse and hypertension) are caused or aggravated by stress. No wonder then that by the year 2000, Market Data predicts about 40% of the U.S. worksites will offer stress - reduction programs to employess."
(Krohe; 1999)
d) ketiadaan mekanisme yang tetap untuk mengembangkan potensi human resources ini; dan
e) ketiadaan mekanisme yang tetap untuk menolong melegakan masalah kronik dan situasi ini.
Atas kesedaran peri pentingnya kemantapan dan kestabilan human resource ini, "kaunseling sebagai suatu proses perhubungan menolong" dikatakan mempunyai keupayaan bukan sahaja untuk mengembangkan potensi human resource organisasi dan industri, bahkan dapat memainkan peranan "minyak pelincir" bagi perkembangan manusia yang melekat atau tersekat. Persoalannya, bagaimanakah dapat kita manfaatkan kaunseling ini?
Kaunseling di tempat kerja
Sebagai suatu profesion, kaunseling mempunyai falsafah dan nilainya yang tersendiri. Jika dapat digalakkan semua human resource organisasi dan industri mengamalkan dan menghayati mesej puisi berikut, insya-Allah mereka akan berupaya mengecap kepuasan kerja dan kebahagiaan. Kepuasan kerja dan kebahagian pula menjamin kesejahteraan, dan kesejahteraan biasanya dikaitan dengan personal well-being yang berkait rapat dengan peningkatan motivasi dan produktiviti pekerja.
I expect to pass
this way but once;
any good there fore
that I can do,
Or any kindness that I can
Show to any fellow creature
let me do it now,
Let me not defer or
neglect it,
For I shall not pass
this way again.
(Etienne De Grellet)
Seterusnya, perlu diadakan Employyee Assistance Program (EAP).
".......an EAP is a programatic intervention at the workplace, usually at the level of the individual employee, using behavioral science knowledge and the methods for the regognition and control of certain work and non-work related problems (notably alcoholism, drug abuse and mental health) which adversely affect job performance, with the objective of enabling the individual to return to making his or her full work contribution and to attaining full functioning in personal life.
(Gammie; 1997:67)
Melalui program ini juga diwujudkan jawatan kaunselor profesional dalaman bagi:
a) mengendalikan kaunseling individu, kelompok, perkahwinan, dan keluarga;
b) merancang dan mengendalikan program-program pengembangan diri, dan perkembangan profesional;
c) membuat rujukan kepada profesional luar;
d) merancang dan melasanakan action research serta penilaian berkala;
e) membantu organisasi dan industri dalam kerja perundingan, bukan sahaja bagi menolong pekerja, bahkan
organisasi pada tahp penubuhan, maintainance, decline dan krisis.
Langkah memupuk penghayatan nilai kaunselor profesional dalam kalangan human resource juga penting. Antara nilai yang perlu dipupuk ialah:
- keterbukaan
- amanah
- komited
- approachability
- kemesraan
- menghormati / menghargai orang lain
- kejujuran
- keikhlasan
- empati
- altruisme
- bersih (hati, fikiran, perlakuan)
- caring
- kesabaran dan tolerans
- reda (look up; look down)
- berimam
Akhir sekali, Panel Kaunselor yang sama seperti Panel Perubatan yang sedia ada pada masa kini perlu diwujudkan. Dengan adanya Akta 580 dalam Akta Kaunselor Malaysia, 1998, proses ini menjadi lebih mudah. Kewujudan Panel Kaunselor dapat menyediaan kepakaran yang berbeza mengikut keperluan klien kerana kaunselor dalaman mungin mempunyai kepakaran dan kemahiran yang terbatas. Satu perkara lagi ialah klien mungkin berasa kerahsian akan lebih terjamin apabila mereka berjumpa Panel Kaunselor. Di samping itu, penggunaan khidmat kaunselor luar dapat mengurangkan rasa kurang selesa klien berbanding dengan penggunaan khidmat kaunselor dalaman yang mungin masih tebal dengan stigma tentangnya.
Kesimpulan
Sekiranya kita yakin "setiap penyakit ada ubatnya", maka kaunseling harus diterima sebagai penawar bagi "penyakit" yang melanda diri kita, di samping menjadi pemangkin bagi memaju dan mengoptimum potensi yang kita miliki. Apatah lagi, agama Islam sendiri turut menganjuran kaunseling dalam kehidupan kita sehingga adanya ungkapan "Agama itu nasihat". Marilah kita renungi idea yang telah diketengahkan dan cuba menjadikannya suatu realiti di tempat kerja masing-masing supaya manfaatnya dapat dirasai semua. DP
No comments:
Post a Comment