Wednesday, July 13, 2011

ANAK MASUK UNIVERSITI.MAMPUKAH ANDA?

setiap ibubapa mahu anak2 mereka mendapat pendidikan yg terbaik utk anak2 mereka tak kiralah samaada belajar di dalam negara ataupun luar negara.segalanya memerlukan belanja yg besar.dan kebanyakannya diluar lingkungan kemampuan ibubapa.
utk mula melangkah masuk ke universiti pun sudah mula menggunakan belanja yg kasar,bagaimana pula dgn kos sepanjang bertahun-tahun anak2 ketika berada di universiti tersebut.bagaimana pula jika menyambung pengajian samaada didalam atau luar negara.
Berikut adalah perbelanjaan yang perlu disediakan jika ingin menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (rujukan 2009):

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEil3jLCdcLN6JazKVJDa3EmdvP16jZjX36yVtwTzk9x7OgvhnwwvNDsLGrw20v_xotkla_Agduen1ezqK73jovTnHxyfoocaIK9RmpiM6ks8yp_Nqn1MvwHYbRKW74KzJwS6U2GrygfZns/s400/Universiti.jpg

Bagaimana, adakah anda mampu? Jika jawapan anda adalah YA, mari kita beralih ke waktu 15 tahun yang akan datang di mana anak anda yang kini berusia 3 tahun akan melangkah masuk ke alam universiti. Untuk pengiraan kali ini saya ingin menjemput seorang tetamu istimewa untuk menyertai kita, saya mempersilakan encik INFLASI untuk naik ke pentas! Untuk makluman anda semua, tugas utama encik INFLASI adalah meningkatkan kos perbelanjaan pendidikan sebanyak 5% setahun. Ini kerana adalah mustahil semua universiti yang disenaraikan di atas akan mengekalkan yuran pengajian mereka setiap tahun, tidak dapat tidak pihak universiti perlu meningkatkan yuran pengajian lantaran peningkatan kos pengurusan, penambahbaikan, dan lain-lain. Apa akan terjadi jika kos pendidikan meningkat sebanyak 5% setahun sepanjang 15 tahun? Sila lihat ini:

free download

jika jumlah yuran pengajian di atas sudah memeningkan kepala anda, apa akan jadi jika saya nyatakan pula jumlah perbelanjaan untuk sara hidup, penginapan, pengangkutan dan keperluan-keperluan lain? Anda mungkin akan tergamam dan hati anda akan lebih berbelah-bagi untuk mengizinkan anak-anak menyambung pengajian. Jangan begitu...setiap masalah ada penyelesaiannya, dengan syarat anda bermula dari awal.

Begini, andaikan tahun 2009 saya mempunyai 2 orang anak yang masing-masing berumur 3 dan 5 tahun. Saya akan menunjukkan bagaimana saya menyediakan dana/simpanan pendidikan supaya apabila tiba masanya nanti (tahun 2024) saya mampu menyediakan pendidikan berkualiti untuk mereka di Universiti Industri Selangor (IPTS). Terdapat dua cara:


DANA PENDIDIKAN
Jumlah perbelanjaan untuk yuran pengajian untuk anak-anak saya adalah RM 122,500 (RM 61,250 x 2). Jadi saya melaburkan wang sebanyak RM 30,000 dalam dana unit amanah yang dijangka akan memberi pulangan sekitar 11% setahun. Saya melabur hanya sekali dan tidak pernah menambah pelaburan atau mengeluarkannya. Jadi apabila tiba masanya pada tahun 2024 saya akan memperolehi RM 143,400!!! Ini sudah melebihi jumlah yang saya perlukan untuk yuran pengajian mereka, menarik bukan?

SIMPANAN PENDIDIKAN
Jumlah perbelanjaan untuk yuran pengajian untuk anak-anak saya adalah RM 122,500 (RM 61,250 x 2). Lantaran saya tidak memiliki wang yang banyak saya hanya mampu menabung sebanyak RM 360 setiap bulan dalam dana unit amanah yang dijangka akan memberi pulangan sekitar 9% setahun. Saya menabung setiap bulan tanpa henti dan saya juga tidak pernah mengeluarkan wang tersebut. Akhirnya saya akan menerima pulangan sebanyak RM 150,000 untuk digunakan sebagai perbelanjaan yuran pengajian anak-anak saya apabila mereka memasuki universiti pada tahun 2024. tak payah saya pinjam ptptn.

berita harian

Ketika kita menghantar anak-anak ke sekolah, kita selalu berpesan supaya mereka belajar bersungguh-sungguh dan mendapatkan keputusan yang cemerlang. Apabila mereka berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang dan menerima tawaran melanjutkan pengajian ke universiti, adakah kita mahu menghampakan harapan mereka?

Ingatlah, pinjaman PTPTN atau MARA belum tentu mampu membantu. Ini adalah kerana PTPTN dijangka akan mengalami defisit sebanyak RM 48 bilion pada tahun 2020 yang mana akan menyebabkan tiada lagi pinjaman akan diberikan. MARA juga dijangka akan mengalami nasib yang sama kerana keengganan peminjam-peminjam melunaskan hutang mereka.
tunggu apa lagi hubungi saya skrg utk memulakan langkah pertama anda.demi anak2 yg tersayang.