Thursday, October 8, 2009

Ya Allah Hantarkan Kepada Jenazahku Tebuan Berbisa


Asim bin Thabit r.a meruapakan seorang sahabat yang gagah dan mempunyai keazaman yang tinggi.Sebelum meletusnya peperangan Uhud Nabi s.a.w telah bertanya kepada perajurit muslimin, bagaimanakah kamu akan berperang kelak ? Thabit telah tampil seraya berkata : Apabila musuh telah hampIr seratus kaki maka panahlah yang paling sesuai digunakan.Apabila merekaa lebih hamper dengan kita tentulah lembing akan berperanan menghancurkan mereka.Jika jarak telah menjadi lebih dekat slepas itu hanya pedang yang akan menyelesaikan mereka.Mendengar kata-katanya yang bersemangat itu Nabi saw telah bersabda, maksudnya : “Sesiapa yang ingin berjuang, maka hendaklah dia mencontohi Asim bin Thabit !

Apabila meletus peperangan Uhud seperti yang dijanjikan kepada RasululLah saw, Asim telah keluar umpama singa garang yang kelaparan.Beliau telah berhasil membunuh anak-anak lelaki kepada Sulafah binti Sa’ad yang bernama Musafik, Kilab dan al-Julas.Pembunuhan yang dilakukan terhadap tiga beradik ini telah membangkitkan rasa marah diikuti dengan dendam untuk menuntut bela terhadap mereka.Ibu ini telah berikrar memberikan ganjaran yang hebat kepada sesiapa yang berjaya membunuh balas pembunuh putera-puteranya itu.

Peperangan Uhud yang berakhir dengan seribu kenangan dan pengajaran buat umat Islam telah berakhir lalu Nabi mengutuskan tentera seramai 6 orang diketuai oleh Asim bin Thabit r.a.Ketika rombongan tentera ini berada di pertengahan jalan tidak jauh dari Mekah, kaum Huzail yang tinggal di kawasan itu yang masih lagi belum memasuki Islam telah mengepung mereka.

Asim bersama tentera-tentera Islam yang lain tidak ada pilihan melainkan berjuang mempertahankan diri.Kini golongan musyrikin Huzail menjanjikan keselamatan terhadap mereka jika mereka bersetuju menyerahkan diri.Walaubagaimanapun Asim bertegas untuk mempertahankan dri dengan katanya : “ Adapun pada pandanganku, aku tidak akan menyerahkan diriku kepada seseorang musyrik. Tawaran Sulafah tempoh hari masih terngiang-ngiang dalam fikirannya.

Kata-kata beliau yang terakhir sebelum berlakunya pertembungan itu adalah : “ Ya Allah, sesungguhnya aku ini mempertahankan agamaMu dan memperjuangkannya ! Maka peliharalah tubuhku dan tulangku , dan jangan Engkau izinkan keduanya dari di kuasai oleh mereka! Kedahsyatan penganiyaan yang dilakukan oleh musush-musuh Islam terhadap jasad syuhada’ Islam yang gugur di medan Uhud masih lagi segar dalam ingatannya.Penganiayaan kepada jasad Hamzah yang sudah kaku oleh Hindun, isteri kepada jenderal tentera kuffar yang menyerang Madinah.Asim merasa yakin akan bantuan Allah dan perlindunganNya dari musuh-musuh Islam.

Asim memulakan serangan disertai dengan dua orang sahabatnya.Manakala yang lain menyerahkan diri mereka.Setelah berjuang habis-habisan bagaikan singa yang kelaparan, kesemua tiga orang sahabat , termauk Asim akhirnya terkorban sebagai syahid.Musuh-musuh Islam telah memperlakukan tiga orang yang menyerah diri dengan seburuk-buruk layanan.Sangkaan mereka, akan mendapat layanan seperti tawanan meleset sama sekali, apabila musuh bertindak dengan lebih ganas iaitu membunuh mereka.

Musuh-musuh tidak menyedari bahawa salah seorang yang dibunuh itu merupakan Asim yang diharap-harapkan oleh ramai musuh untuk membunuhnya.Tawaran oleh Sulafah amatlah menggiurkan dan kebanyakan mereka telah terpikat dengannya.

Sebaik sahaja berita kematian Asim tersebar ke kawasan berdekatan, datanglah utusan Quraisy dari Mekah yang terletak berdekatan dengan tempat pembunuhannya, meminta agar diserahkan kepala Asim kepada Sulafa bagi memenuhi hajat dan dendam kesumat yang bersarang di lubuk hatinya, terhadap pembunuh ke tiga anak lelakinya.

Berebut-rebutlah kaum Arab dari suku Huzail untuk mendapat anugerah yang dijanjikan itu.Sampai berdekatan dengan jasad Asim, mereka yang ingin memenggal kepalanya itu terkejut melihat ribuan lebah dan tebuan padang pasir menyelaputi jasadnya, seolah-olah padanya ada sarangnya yang dipertahankan dari penceroboh. Segelintir yang cuba mara kea rah mayat disengat di kepala dan mata. Tebuan padang pasir amat ditakuti oleh manusia.Sengatannya mampu menyebabkan kelumpuhan pada system pertahanan badan malah membewa pada kematian.

Setelah berusaha berbagai cara menghalau lebah dan penyengat itu tanpa membuahkan sebarang hasil, akhirnya mereka berehat menanti hari malam dengan anggapan serangga itu akan meninggalkan jasadnya menjelang kegelapan.Belumpun kegelapan menyelubungi siang, tiba-tiba dengan tidak semena-mena langit bertukar corak.Hari yang disangka terang bertukar menjadi gelap.Kilat sambar menyambar lalu turunlah hujan yang sangat lebat sehingga kawasan yang gersang menjadi lurah dan sungai yang deras.Kawasan pertempuran menjadi seolah-olah tasik dengan paras air yang naik dengan menggila, di luar kawalan.Hujan yang turun lebat tidak berhenti hingga tiba waktu Subuh keesokan hari baru ia reda.

Huzail masih lagi meletakkan dalam impian untuk menyerahkan kepala Asim yang dipenggal kepada Quraisy agar tenang ruh tiga orang pemuda mereka seperti yang disangkakan oleh puak jahiliyyah.Namun impian hanya tinggal angan-angan kosong.Jasad Asim dipelihara Allah dari tangan-tangan jahat musuh-musuhNya.Tubuhnya hilang entah ke mana dalam kederasan air hujan di gurun sahara yang panas, tapi ruhnya sudah diambil Allah terbang ke syurga yang tinggi.Semuga Allah meredhainya..Dia ikhlas dalam perjuangannya..Dan Allah tidak sekali-kali menghampakan amalan hamba-hambaNya yang ikhlas..FirmanNya dalam surah Ali Imran ayat ke 169-170 : Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang mati syahid pada jalan Allah itu mati, Bahkan sebaliknya mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; (Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita…

No comments: