Assalamualaikum,
Untuk makluman Tan Sri/Dato’/Prof, pagi
semalam YBM dalam perututusan
perhimpunan bulanan KPT telah menerangkan
mengenai KPI KPT dan KPI
Menteri sebagaimana yang dinyatakan oleh YAB
Perdana Menteri. KPI ini
akan secara langsung meliputi KPI VC.
Empat P telah digariskan oleh YBM ia itu:
P1: Pelaksanaan PSPTN- 7 teras strategic dan
18 CAPs merupakan KPI asas
YBM yang akan dipanjangkan (Cascade) ke semua
IPTA. Bagi VC, secara khusus
YBM menyatakan bahawa KPI IPTA adalah sama bagi
KPI VC IPTA ia itu a)
mempastikan graduan yang dilahirkan memenuhi
standard kualiti melalui
penambahbaikan teaching and Learning T&L, b)
tadbir urus yang dilaksanakan
telus dan cekap serta c) hasil penyelidikan dihormati.
Penerangan lanjut adalah seperti berikut:
Bagi mempastikan graduan yang dilahirkan berkualiti,
setiap IPTA perlu
mempastikan kurikulum ditambah baik dari semasa ke
semasa dengan memberi
penekanan kepada hasil pembelajara dan atribut graduat
berkualiti. Ia
meliputi aspek kemahiran insaniah (soft skills) dan
tahap kemahiran yang
ditetapkan.KPI umum bagi keperluan ini adalah 100% kurikulum
IPTA (950
program) diterjemah berteraskan Hasil Pembelajaran menjelang
2010. Inovasi
dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan pendekatan penting
dalam
memenuhi keperluan ini. Ia diukur melalui sejauhmana kaedah
pembelajaran
berpusatkan pelajar (SCL) dilaksanakan.Penaksiran berteraskan
pelbagai
kaedah juga menjadi KPI pengajaran dan pembelajaran.
Ini bermakna bukan
hanya bergantung kepada peperiksaan tetapi melalui
kaedah lain seperti
folio kerja, cerapan berteraskan rubric dan sebagainya.
Hasil keseluruhan
diukur melalui score GSA (Generic Student Attributes) dan
GES (Graduate
Employability Score) . KPI keseluruhan bagi T&L adalah
100% graduan
melepasi tahap minimum GSA diakhir pengajian (exit survey)
dan 65%
memperolehi pekerjaan 6 bulan selepas bergraduat (tracer study).
Ini akan
diselaraskan apabila SETARA2009 disiapkan pertengahan tahun ini.
Bagi Tadbit urus, KPI utama tahun ini meliputi
penterjemahan AUKU dalam
perlembagaan, statut dan kaedah IPTA masing-masing.
Ia perlu diterjemahkan
dalam pelaksanaan supaya system governan akan menjadi
lebih cekap, telus
dan efektif. KPI umum adalah 100% IPTA mewartakan
Perlembagaan berteraskan
AUKU menjelang 2009.
Bagi penyelidikan, komitmen penyelidikan perlu dibuktikan.
Instrumen RU
akan digunakan, KPI bagi RU adalah melepasi 75% tahun pertama
dan 100%
diakhir tahun ke 3 pelaksanaan. Bagi IPTA lain markah
sekurang-kurangnya
30% diperlukan bagi membuktikan tahap komitment IPTA
dalam penyelidikan
dan inovasi.
KPI tersebut diukur melalui ePMO bagi CAPs.
Bagi Penyelidikan instrument
RU akan digunakan dan ia diukur oleh Bah
Kecemerlangan IPT, JPT. JPT
bersama MQA akan mengukur komitmen T&L melalui
system SETARA 2009 nanti.
Mekanisma yang digunakan bagi mempastika semua
berjalan lancar selain
daripada pemantauan PSPTN/ePMO adalah semasa
pelantikan dan penyambungan
VC. VC yang baru dilantik telah diberi KPI ini
dan dinilai semasa
penyambungan 3 tahun nanti. Ini mempastikan supaya
penilaian dilakukan
secara objektif semasa penyambungan oleh Search
Committee nanti.. Semua VC
yang baru dilantik tahun 2009 telah dimaklumkan
secara rasmi KPI ini oleh
KP JPT manakala VC sedia ada diminta supaya
melaksanakan penilaian kendiri
bagi tujuan yang sama.
P2: Pendemokrasian Pendidikan Tinggi: Ini meliputi
isu assess dan equity,
memuahcara system kemasukan pelajar bagi ipt,
politeknik dan KK. Isu
kelestarian PTPTN akan dikaji kerana menjelang
2020 PTPTN akan menanggung
deficit sebanyak RM42 billion berteraskan model
sedia ada. Ini perlu
kajian lanjut.
P3: Pengantarabangsaan: Ini meliputi program
dan strategi pemasaran
pelajar antarabangsa, memudahcara pembinaan
kampus persisir ke Malaysia,
mengurang krenah birokrasi, memudahcara penubuhan
kampus cawangan IPTS di
luar Negara dan sebagainya
P4: Pembangan Holistik Pelajar: Ini melibatkan
mengkredit ko kurikulum
dalam 8 bidang teras, program pembangunan pelajar,
finishing school,
program graduate employability.
No comments:
Post a Comment