Sunday, May 10, 2009
Rahsia Solat Lima Waktu
Ali bin Abi Talib r.a. berkata, "Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama parasahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombonganorang-orang Yahudi lalu berkata, 'Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepadakamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s.yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikatmuqarrab. ' Lalu Rasullullah saw bersabda, 'Silakan bertanya.' Berkataorang Yahudi, 'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkanoleh Allah ke atas umatmu.' "Sabda Rasullullah saw,'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segalasesuatu kepada Tuhannya.Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi.Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s.Maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan kemudiandia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkanpermintaannya.Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasulsebelumku.Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabilamatahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situsujudnya setiap orang kafir.'Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah saw, lalu merekaberkata, 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakanlahkepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang. 'Rasullullah saw bersabda, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutamasembahyang yang pertengahan.Sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam. Orang-orang mukminyang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wapapi neraka Jahanam pada hari Kiamat.'Sabda Rasullullah saw lagi, 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di manaNabi Adam a.s. memakan buah khuldi. Orang-orang mukmin yang mengerjakansembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'Selepas itu Rasullullah saw membaca ayat yang bermaksud, 'Jagalahwaktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan.Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s. diterima.Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian memintasesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankan.'Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalahsangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yangberjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isyakberjamaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dandiberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath.'Sabda Rasullullah saw seterusnya, 'Sembahyang Subuh pula, seseorang mukminyang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjamaah,diberikan kepadanya oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu:a) Dibebaskan daripada api neraka.b) Dibebaskan dari nifaq."Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan daripada Rasullullah saw, makamereka berkata, 'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad(saw). Kini katakan pula kepada kami semua, kenapakah Allah SWT mewajibkanpuasa 30 hari ke atas umatmu?' Sabda Rasullullah saw, 'Ketika Nabi Adammemakan buah pohon khuldi yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalamperut Nabi Adam a.s. selama 30 hari. Kemudian Allah SWT mewajibkan ke atasketurunan Adam a.s. berlapar selama 30 hari. Sementara diizin makan diwaktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah SWT kepada makhluk-Nya.' Kataorang Yahudi lagi,'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakanitu.Kini terangkan kepada kami mengenai ganjaran pahala yang diperolehidaripada berpuasa itu.' Sabda Rasullullah saw, 'Seorang hamba yang berpuasadalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah SWT, dia akan diberikanoleh Allah SWT 7 perkara:a) Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yangtumbuh daripada makanan yang haram).b) Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.c) Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.d) Dijauhkan daripada merasa lapar dan dahaga.e) Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang amat mengerikan).f) Diberikan cahaya oleh Allah SWT pada hari Kiamat untuk menyeberangTitian Sirath.g) Allah SWT akan memberinya kemudian di syurga.'Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakankepada kami kelebihanmu di antara semua para nabi.' Sabda Rasullullah saw,'Seorang nabi menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya,tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaatkepada umat saya di hari kiamat).' Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang kamukatakan itu Muhammad. Kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illahaillallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan melainkanAllah dan engkau utusan Allah).'Peringatan !!!"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikitketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilahberita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Surah Al-Baqarah: ayat 155)"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Iamendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa(dari kejahatan) yang dikerjakannya." (SurahAl-Baqarah: ayat 286)RUMAH KECILDari hati ke hati, sekadar ingatan & pedoman.Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima Kali;1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.2. Aku rumah yang gelapmaka teranglah aku dengan selalu solat malam.3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalahamal soleh yang menjadi hamparan.4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan "Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah",supaya kamu dapat jawapan kepadanya.Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.RENUNGKANLAHSiapakah orang yang sombongOrang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahusujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhansekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langitpada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.Siapakah orang yang telah mati hatinyaOrang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melaluiayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.Siapakah orang dunggu kepala otaknyaOrang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukanibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengankelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.Siapakah orang yang kuatOrang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia didalam kemarahan.Siapakah orang yang lemahOrang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depanmatanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaranitu.Siapakah orang yang bakhilOrang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untukmembaca selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.Siapakah orang yang butaOrang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akankebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.Siapakah orang yang tuliOrang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baiknamun tidak diendahkannya.Siapakah orang yang sibukOrang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktusolatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaimana.s.Siapakah orang yang manis senyumanyaOrang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibahlalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambilberkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukirsenyuman.Siapakah orang yang menangis airmata mutiaraOrang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedangbersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akandosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.Siapakah orang yang kayaOrang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidakloba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.Siapakah orang yang miskinOrang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasamenumpuk-numpukkan harta.Siapakah orang yang pandaiOrang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannyakerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadiSiapakah orang yang bodohOrang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untukdunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.Siapakah orang yang maju dalam hidupnyaOrang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasamempertingkat ilmu agamanya.Siapakah orang-orang yang mundur hidupnyaOrang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akanhalal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.Siapakah orang yang gila ituOrang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya duasyarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang,pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.Siapakah orang yang rugiOrang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masihberat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.Siapakah orang yang selalu ditipuOrang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematianitu berlaku hanya pada orang tua.Siapakah orang yang paling cantikOrang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luasOrang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawaamal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana matamemandang.Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpitOrang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawaamal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.Siapakah orang yang mempunyai akalOrang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelakkerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksaneraka.PEREMPUAN, ISTERI DAN...POLIGAMI(1) Kalau seorang perempuan keluar dengan bersolek dan menampakkanauratnya, disenangi pula oleh suaminya, menunjukkan jiwa suaminyatelah mati, dayus namanya kerana sanggup jadikan isteri sahambersama, cuma dia dapat saham lebih utama.(2) Banyak isteri yang kasih, tapi payah cari yang setia, yang palingsusah mendapatkan perempuan yang kasih dan setia.(3) Alangkah bertuahnya seorang itu selepas beriman isterinya banyaksetia belaka, anaknya banyak menurut kata, sahabat-sahabatnya banyakmenolong perjuangannya,ibu dan ayahnya senang hati mendoakannya.(4) Kalau seorang isteri itu dapat dinikmati bersama oleh orang lainwalaupun setakat memandangnya suami dayus namanya, isterinya khianat.(5) Perempuan itu cantiknya mempesona, cintanya pada kitamelalaikan,bencinya pada kita binasa.(6) Biasanya seorang perempuan bila berkahwin dengan orang besar iamerasa lebih besar daripada suaminya betapalah ia menjadi orangbesar, jangan haraplah suami dapat mengarah-arahkannya. Biasanyasuaminya jadi orang suruhannya.(7) Diantara hiburan seorang suami selain daripada kesolehanisterinyaboleh bertukar buah fikiran dengan isterinya, bolehmengingat buah fikiran suaminya, boleh menerima ilmu yang diberi,dapat menyampaikan sebagaimana yang diterima, boleh memberi semangatkepada suaminya di saat suaminya kena uji.(8) Biasanya perempuan yang tak cantik itu selalu bersolek bahkanberlebih-lebih pula kerana hendak menutup ketidak-cantikkannya(9) Bila isteri lebih masyhur daripada suaminya suami rasa bertuah dalamderita, kalau suami masyhur daripada isteri, isterinya rasa bertuahdalam kebanggaan.(10) Seorang lelaki walau bagaimana cinta dengan isterinya sekalipun kalauisterinya mati dia mahu cepat-cepat kahwin lagi, tapi bagi perempuanyang cintakan suami kalau suaminya mati dia payah untuk kahwin lagikecuali kalau ia ditekan oleh sesuatu keadaan.(11) Biasanya kemasyhuran seorang anak boleh menaikkan imej bapanya atauibunya, kalau kemasyhuran bapanya atau ibunya bertuah anaknya,tetapikemasyhuran seorang isteri boleh terhina suaminya.(12) Diantara watak manusia di akhir zaman orang gaji berlagak sepertiisteri, isteri berlagak seperti suami, di waktu itu para suamikehilangan isteri dalam masa beristeri.(13) Orang yang bermadu itu macam orang makan madu, sekali-sekala tersedakjuga oleh kerana manisnya.(14) Kalau isteri-isteri yang bermadu itu boleh tolak ansur tentang haknyakerana sesuai dengan kedudukannya, ini menunjukkan perempuan luarbiasa.Tapi kalau hanya sanggup sama rata menerima haknyasemata-mata ini perempuan biasa, dan kalau meminta lebih darihaknya, ini perempuan mementingkan diri(15) Orang yang ada empat isteri, ia sentiasa berada dalam suasanapengantin baru.(16) Kalau perempuan yang tua itu terlalu suka bersolek, mengikutsaikologi dia susah hati kehilangan mudanyaBuah KurmaBuah kurma atau dalam bahasa Arab menggelarnya tamar tergolong dalamkeluarga phoenix. Sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit sementarabuahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandungi khasiat pemakananyang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma kaya denganprotein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau galian sepertibesi, kalsium, sodium dan potasium.Selain kebiasaan, umat Islam digalakkan berbuka dengan kurma bersandarkansabda Rasulullah s.a.w. yang lain maksudnya: "Rumah yang tiada kurmaseperti rumah yang tidak mempunyai makanan". Kurma diangkat tinggi olehRasulullah kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi.Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratusglukosa. Ini menunjukkan kandungan gula didalamnya telah ditukar secarasemulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuhadalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahandikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasamengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksadipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diseraptubuh sebagai tenaga.Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makanselama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan danini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atautarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makanberlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalubanyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yangdiambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-mertamenjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baikuntuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandunganvitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurunsedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yangpaling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuhuntuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumbermujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungipotasium tetapi jumlahnya sedikit.Pengambilan potasium yang berlebihan tidak mengumpul toksid di dalam tubuhatau memudaratkan. Sebaliknya ia merangsang selera makan bagi yangberpenyakit serta bagus untuk golongan yang mengalami sembelit, lemah otot,sengal-sengal badan, letih, lesu, mengalami tekanan serta menguatkaningatan. Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan,sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentuatau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis danmempopularkan khasiatnya.Kurma diakui sebagai buah berkhasiat dan sebagaimana Firma Allah s.w.t.dalam surah al-Mukminah ayat 19, "Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebunkurma dan anggur untuk kamu. Di sana kamu peroleh buah-buahan yang banyak,dan sebahagiaannya kamu makan."Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. "Jikasesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yangdimakan." Dikisahkan sewaktu Mariam melahirkan Nabi Isa a.s. di bawahpohon kurma. Telah datang malaikat Jibrail menyuruh Mariam menggegar pohonkurma lantas dimakannya. Dengan izin Allah, ia memudahkan kelahiran NabiIsa a.s.Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalamkurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi.Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbukseperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenispenyakit.Begitu juga dalam rawatan kaedah sufism, menjadikan kurma salah satupenawar penyakit.Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untukmenyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin.Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluarselain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan digantidengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma jugadibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.Kita seharusnya memakan buah kurma bukan hanya dalam bulan puasa sahaja.Kurma baik dijadikan pembasuh mulut selepas makan atau menggantikannyamakanan ringan yang rata-rata mengandungi karbohidrat, garam, lemak dangula berlebihan yang boleh membawa pelbagai jenis penyakit.WALLAHUA'LAM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment