Wednesday, December 10, 2008

Pegawai Tadbir Universiti: Perspektif Kerjaya

Buku ini ditulis bertujuan memberikan panduan kepada Pegawai Tadbir Universiti (PTU) untuk memahami peranan, fungsi dan tanggungjawab sebagai Penjawat Awam Badan Berkanun khususnya Pegawai Tadbir Universiti (Gred N).

Seperti yang sedia maklum universiti merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang menyediakan peluang pembelajaran dan penyelidikan yang perlu di urus dengan baik . PTU diibaratkan sebagai Tiang Seri kepada kecemerlangan dan kegemilangan sesebuah universiti yang melahirkan graduan dan hasil penyelidikan yang unggul. Justeru, bagi menyediakan PTU menjadi pegawai yang berdedikasi dan profesional, buku ini digarap dapat membantu ke arah hasrat tersebut.

Adalah menjadi harapan saya agar buku kecil ini berguna dan menjadi sumber rujukan dan inspirasi untuk memjukan diri dalam kerjaya sebagai Pegawai Tadbir Universiti (PTU) dan juga Pegawai-Pegawai Profesional lain serta Pegawai Sokongan. Selain itu, buku ini juga mengenengahkan beberapa isu berkenaan PTU yang boleh di kongsi bersama.

Selamat Membaca

Zul-Atfi Hashim

Kini berkhidmat sebagai

Penolong Pendaftar Kanan

di Pejabat Dekan

Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi

Universiti Malaysia Terengganu

Disember 2008

7 comments:

oneyanaisml said...

slm. sy ada persoalan berkenaan jawatan pegawai tadbir, sy berhasrat untuk menukar kerjaya dan berhasrat memohon jwatan sbg pegawai tadbir. apakah kriteria utama bg memenuhi jawatan ini? sy mempunyai lulusan ijazah dlm bidang pendidikan. harap encik dpt memberi pandangan. TQ.

atfie said...

waalaikumsalam...untuk makluman kelayakan asas untuk menjawat jawatan Pegawai tadbir ialah Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian..walaubagaimanapun terdapat kriteria lain yg ditetapkan oleh universiti untuk menjawat jawatan tersebut..biasanya ianya bergantung kepada universiti seperti mesti kredit bahasa inggeris dan matematik..tq

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Salam En.Atfie..

Terimakasih atas terbitan blog yang sangat berinformasi.. Encik, sy lepasan graduan UPM OCT 2010 insyaAllah pada bulan 12 ini akan menghadiri sesi temuduga untuk jawatan PT N41 di UMS.. Sekarang sy mula mencari maklumat/ tips sebagai panduan lulus temuduga jawatan tersebut..
Encik, sy nak betanya kebiasaannya, apakah soalan2 dn kriteria yang akan dinilai oleh penemuduga semasa sesi temuduga PT N41 ?

Terimakasih..
May Allah bless you..

Fida Rafidah said...

Salam...Sy akan memulakan tugas sbg PTU bermula Sept thn ini (btl2 lepas raya). Seblm ni sy bekerja dlm sektor swasta selama lebih krg 4 thn. Sy sgt berharap kerjaya baru sy ini akan kekal dan memberikan byk pengalaman berharga utk pembangunan kerjaya sy. Boleh berikan tips2 penting utk sy yg akan memulakan tugas tak lama lg? :D Terima kasih...

CiTaKu LAB SK BATU PEKAKA said...

salam encik....
5 hb mac nnt saya temuduga utk pegawai tadbir di KUIN..boleh tak encik bagi tips temuduga pegawai tadbir..terima kasih...

muallimah said...

Saya ada niat utk menukar kerjaya dari DG ke N. Tertarik dgn perkongsian dari blog ini tenrang PTU. Teringin saya utk berjumpa sendiri dgn tuan blogger utk lebih kejelasan, mendapatkan nasihat dan motivasi.