Sunday, March 20, 2011

Kebebasan Akademik

Kebebasan akademik merujuk kepada situasi penulisan dan pengajaran di peringkat universiti. Hasil kajian mahasiswa dan pensyarah amat penting untuk menentukan kualiti sesebuah universiti. Malangnya pelbagai sekatan bertulis dan tidak bertulis wujud sehingga menghalang minat untuk menulis kajian ilmiah atau menyampaikan idea.
Di Malaysia wujud istilah 'profesor kangkung' bagi menggambarkan pensyarah yang bercakap melalui TV dan media yang tidak mengikut fakta sebenar, mengampu pemerintah dan begitu hebat sekali menghentam pembangkang. Pihak universiti akan memantau pembabitan kakitangan dan pelajarnya di dalam dan luar universiti.

No comments: