Friday, February 13, 2009

Mengenang Sejarah

Mengenang Sejarah

Sudah Ada MB Enggan Letak Jawatan Di Perak Sebelum Ini



DALAM mencari penyelesaian perang tempoyak di Perak hari ini bukan boleh dilakukan

dengan cara menegakkan benang basah atau pun secara 'keras kin'. Sebaik-baiknya ialah

merujuk kepada perundangan, perlembagaan dan juga adat istiadat Melayu. Peristiwa

atau kejadian lepas adalah paling afdal untuk dirujuk.



Semua pihak harus menyedari apa yang dilakukan Mohammad Nizar Jamaluddin dan

Pakatan Rakyat mereka bukan tergilakan kepada jawatan MB yang dianggap sudah

disamun secara penuh tektikal itu. Tetapi mereka hanya mahu menuntut keadilan. Itu

saja.



Makanya penyeselaian secara berhemah dengan berpandukan kepada perlembagaan,

kitab tatacara sesebuah negara. Jika perlembagaan sudah tidak dipakai, diletakkan di
kaki

dengan apa lagi hendak dijadikan panduan? Maka jadilah kita seperti haiwan; harimau,

singa, ular tedong dan monyet. Mereka mana ada kitab tata cara hidup.

Mengenai pergolakan politik yang berlaku di Perak itu ada satu lagi versi atau cebisan

sejarah lama boleh dijadikan panduan. Ianya dirasakan adil dan relevan kerana ia telah

berlaku di negeri itu kira-kira 35 tahun lalu.



Kisah itu ialah mengenai apa yang menimpa ke atas bekas Menteri Besarnya, Tan Sri

Mohamad Ghazali Jawi iaini bapak kepada Mohd Tajol Rosli pada tahun 1974. Apa yang

berlaku ke atas Nizar hari ini senarionya sama walapun suasananya dan kondisinya

berbeza.



Sultan Perak waktu itu, Sultan Idris Shah sudah tidak berkenan untuk melantik Ghazali

Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua (sambung selepas habis dua tahun). Bagaimana

pun Ghazali tidak mahu melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu

menimbulkan masalah kepada Sultan Idris Shah.

Tindakan Ghazali itu menyebabkan Sultan tidak dapat berbuat apa-apa, kerana

Perlembagaan Perak melarang baginda berbuat demikian. Apa yang menjadi alasan dan

dipertikaikan Nizar kini itulah juga yang digunakan pakai oleh Ghazali untuk terus

menjadi MB.



Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; "Sultan Perak mempunyai hak melantik

dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan

diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau

memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan

seseorang berhenti dari Menteri Besar, iala Presiden UMNO"

Gara-gara keengganan Ghazali (foto) itu menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar

baginda tidak akan mencukur janggut dan jambannya selagi Ghazali tidak berhenti

menjadi MB.



Untuk beberapa ketika Sultan Idrsis tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan

berjamban.



Ghazali berhenti menjadi MB Perak bukan kerana kuasa sultan tetapi setelah beliau

dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu Hussein Onn menasihat agar Ghazali berbuat

demikian. Atas nasihat Hussein Onn lah Ghazali membuat surat perletakan jawatan

sebagai MB 1977.



Cuplikan kisah ini saya petik daripada buku biografi Tan Sri Ishak Tadin yang ditulis

oleh penulis veteran Perak yang juga merupakan kawan rapat kepada Sultan Idrsis Shah,

sdr Mokhtar Petah dan disedut daRI blog beliau;

Cuplikan itu seperti mana berikut:



DEWAN SANATE

Setelah tamat perkhidamatan di MAsir, Haji Mohd. Ghazali Jawi telah pulang ke tanah

air dan dilantik sebagai ahli Dewan Sanat - senator. Dia telah memegang jawatan

Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Setiausaha Agung UMNO.

Pada pilihan raya 1964 beliau telah menang merebut kerusi Dewan Rakyat (Kuala

Kangsar) dan dilantik memegan jawatan Menteri Tanah dan Galian. Kemudian dia

memegang jawatan Menteri Pertanian dan Perikanan.

Sultan Idris Shah telah tidak berkenan melantih Haji Ghazali Jawi sebagasi Menteri

Besar Perak kerana pada masa dia memengang jawan Menteri Besar pertama, pada

tahun 1960 dia telah ditangkap oleh polis atas tuduhan melakukan rasuah.



ARAB BERSATU



Kes Haji Ghazali itu digantung dengan kehendak Perdana Menteri. Dia telah dihantar ke

Republik Arab Bersatu. Pada masa itu Sultan Idris Shah masih Raja Di Hilir Perak.

UMNO Negeri Perak telah menjadi dua golongan. Satu golongan di sebelah bekas

Menteri Besar, Haji Kamaruddin dan memihak kepada Sultan Perak. Manakala pihak

yang lain memihak kepada Haji Ghazali Jawi dan menentang Sultan Perak.

Kalangan UMNO yang menyebelahi Haji Kamaruddin Haji Mat isa, di antaranya

anggota-anggota Pemuda UMNO negeri, Abu Bakar Ashaari dan Abdullah Haji

Mohamad.



MENJADI PERUNDING



Mereka disebelah Haji Ghazali Jawi terdiri dari ahli-ahi Dewan Negeri Perak, di

antaranya, Hisan Ibrahim, Shafie Mat Saman, Masu'ud bin Untoi dan Ismail Abdul Rauf,

Dato' Abdul Malik Ahmad, Dato' Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, Perdana

Menteri, Tun Abdul Razak yang mahu krisis antara UMNO dengan Sultan Perak itu

mencapai penyelesaian segera, Allahyarham telah menggunakan Ishak Tadin menjadi

'perunding' antara Saultan Idris dengan Haji Ghazali Jawi.



Ishak Tadin telah menggunakan kebijaksanaan dan diplomasinya memujuk Sultan Idris

Shah. Pada satu malam beliau telah (berkata - MSO) kepada Baginda, bahawa Perdana

Menteri, Tun Abdul Razak memohon Baginda melantik Haji Ghazali Jawi ke jawatan

Menteri Besar dengan bersyarat, iaitu untuk selama dua tahun sahaja. Kemudian

Baginda boleh melantik ahli Dewan Undangan Negeri yang lain sebagai Menteri Besar

Perak.



MENGANGKAT SUMPAH



Sultan Idris yang yakin akan kejujuran Ishak Tadin sebagai pegawai tinggi kerajaan

negeri, telah bersetuju dengan syarat itu dan baginda berkenan melantik Haji Ghazali

Jawi untuk memegng jawatan Menteri Besar Perak.

Pada 4 September 1974, Haji Ghazali Jawi telah mengangkat sumpah memegang

jawatan Menteri Besar, di hadapan Sultan Idris Shah, dalam Balai Rong, Istana

Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.



Dua hari kemudian, Sultan Idris Shah telah memanggil saya mengadap Baginda, di

Istana Tambon, Ipoh. Dalam pertemuan saya dengan Baginda itu, saya telah

memaklumkan kepada Baginda, bahawa dalam Perlembagaan negeri Perak tidak

termaktub yang Sultan boleh melantik seseorang menjadi Menteri Besar selama dua

tahun.



PARTI POLITIK



" Kalau Tuanku melantik seseorang ahli Dewan Negeri Perak menjdi Menteri Besar,

maka jawatan itu kekal kepada orang itu sehingga pilihan raya umum akan datang, iaitu

kira-kira empat atau lima tahun," kata saya kepada Baginda.

Saya melihat wajah baginda membayangkan perasaan sesal baginda melantik Haji

Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak.



Kemudian saya memohon Baginda bersabar kerana untuk mengelakkan dari berlaku

krisis antara parti politik yang memerintah dengan Istana Baginda telah setuju.



MENYIMPAN JANGGUT



Setelah cukup tempoh dua tahun Haji Ghazali Jawi memegang jawatan Menteri Besar,

dia tidak mengundurkan diri dari kerusinya. Sultan Idris Shah telah menimbulkan

perkara itu dalam beberapa dari titah Baginda kepada orang ramai.

Haji Ghazali Jawi dan beberapa orang anggota UMNO Perak telah menyanggah titah

Sultan Idris Shah dengan berkata, "Tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak Sultan

melantik seorang ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar selama dua

tahun."



Semenjak itu krisis antara UMNO dengan Sultan Idris Shah berlarutan, sehingga tahun

1977. Sultan Idris telah mengadakan nazar di Pulau Pangkor, iaitu selagi Haji Ghazali

Jawi tidak meletakkan jawatannya, Baginda akan terus menyimpan janggut, jambang

dan misai dan tidak akan menanda-tangani sebarang surat Majlis Mesyurat Kerajaan

(EXCO) Negeri Perak.



BURUK SANGKA



Selama kira-kira dua tahun Sultan Idris Shah tidak bekerjasama dengan Menteri Besar

dan tidak memperkenankan sebarang keputusan mesyuarat Exco Negeri Perak. Banyak

rancangan kerajaan, terutama berhubungan dengan kelulusan dan pembangunan tanah

menjadi tergendala.



Haji Ghazali Jawi terpaksa meninggalkan jawatannya kerana diberhentikan oleh

Presiden UMNO - BN dan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada tahun 1977. Sultan

Idris Shah kemudiannya telah melantik Datok Sri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh,

ahli Dewan Negeri (berunding dengan pihak ibu pejabat polis, di Kuala Lumpur

mengenai kes tersebut. Kes itu telah diganntung atau dimansuhkan. Akhirnya Haji

Ghazali Jawi telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak. Beliau lantik

sebagai duta Persekutuan Tanah Melayu ke Republik Arab Bersatu, Masir.

No comments: