Sunday, September 27, 2009

Sek Men Agama Chenor


Dah 14 tahun aku tinggalkan sekolah ni..hihihi..akhirnya jadi orang jugak aku..

Darwish and Cendol

Cendol Banting


Fuuuhhh..Memang best cendol banting nih....

Raya di Selangor


Keluarga di Selangor bersama kerluarga Abah, Keluarga Acik Liah dan Keluarga Acik Tas di Meru Kelang, Selangor (4 Syawal 2009)

I love u sayang


Pagi 1 Syawal 1430h..No 11 Lepar Hilir 2

Salam Eidul Fitri 2009



Moga Syawal 2009 menjadi permulaan baru yang paling bermakna.....Subhanallah

Wednesday, August 5, 2009

Kredit Kad


Adakah Kad Kredit Haram di Dalam Islam?
Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman
Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat Rasul junjugan Nabi Muhammad SAW, pemimpin para du’at dan Mujahidin yang telah sempurna menyampaikan amanah dan risalah serta memberikan ingatan dan berita baik kepada seluruh manusia. Juga salam ke atas para ahli keluarga Baginda SAW, para sahabatnya yang terpilih serta mujahidin/at dan muslimin/at yang menurut jalan kebenaran Islam.Penulisan ringkas dan padat ini akan menyentuh aspek berikut :-
1. Pengenalan ringkas jenis Kad Kredit utama yang terpakai di dunia sekarang.2. Hukum setiap urusniaga dan yang berkaitan dengan Kad Kredit.Penulisan ini ditujukan khas bagi setiap pengguna kad kredit yang mengambil berat di atas hal -ehwal halal dan haram dalam urusannya dan kepada setiap insan yang ingin menambah maklumat, bagaimanapun penulisan ini dibuat dalam bentuk ringkas, tanpa menuruti kaedah penulisan tesis ilmiah. Ia sekadar suatu bentuk artikel separa ilmiah dituju pada umum dan diharap dapat menjelaskan ‘mawqif’(pendirian) Islam terhadap kontrak yang kian popular di kalangan masyarakat hari ini.
RINGKASAN MAKLUMAT DAN LATAR BELAKANG KAD KREDIT1. Takrif Kad Kredit Menurut Kamus Oxford : “ Ia adalah satu kad yang dikeluarkan oleh Bank atau mana-mana pihak lain, yang mana ia memberi kemudahan kepada pemegangnya untuk memperolehi barang-barang keperluannya secara tangguh bayaran (Hutang)”‘Hutang’ dari sudut syarak menurut takrifan Al-Qadhi Ibn ‘Arabi “Iaitu urusan pemindahan (pertukaran) hak milik (secara jual beli atau seumpama dengannya), yang mana salah satu pihak secara tunai manakala pihak kedua secara tangguh di atas tanggungannya (dengan masa yang ditetapkan atau tidak)”Manakala Takrifan yang dikeluarkan oleh Ketetapan Majlis Kesatuan Fiqh Islam Sedunia (Majma’ Fiqh Islami) bagi Kad Kredit adalah : “Satu bentuk penyata sandaran (penyata keterangan) yang diiktiraf, diberikan oleh pengeluar kepada mana-mana individu atau pihak yang diiktiraf melalui kontrak diantara kedua-dua belah pihak, ia membolehkan pemegangnya membuat pembelian barangan atau khidmat-khidmat dari semua pihak yang mengiktiraf penyatan sandaran (kad Kredit) tadi, tanpa perlu membuat pembayaran tunai (segara), kerana ia mengandungi jaminan pembayaran dari pihak pengeluar.”2. Jenis Kad Kredit Pembahagian jenis Kad Kredit berdasarakan cara-cara pelangsaian bilnya adalah seperti berikut :
a) Kad Kredit Jenis (Charge Card)Ia adalah kad kredit yang mewajibkan pemegangnya membayar bil penggunaannya setiap bulan.Antaranya jenisnya : American Express (Hijau), Diners Club.
Antara cirinya yang terpenting :-1) Tidak disyaratkan pemegangnya membuka Akaun Simpanan di Bank Pengeluar atau Pihak Pengeluar Kad. Juga tidak disyaratkan pemegang mengemukakan apa jua Jaminan Tunai kepada Bank Pengeluar bagi melangsaikan seluruh hutang-hutangnya hasil penggunaan kad.2) Pemegang kad diberi had tertentu (Credit Line), lalu ia boleh menikmati seluruh hak hutang piutang (bayaran tangguh) dalam satu had ‘tempoh izin tangguh jangka pendek’ yang telah ditentukan, iaitu tempoh antara waktu belian dan waktu wajib langsaian bil. Biasanya dalam 55-60 hari, ketika itu, pemegang akan dibekalkan dengan penyata bulanan yang menyebut transaksi urusniaga yang telah digunakan.3) Jika pemegang lewat melangsaikan kos penggunaannya dari waktu yang ditetapkan, maka pengeluar akan mengenakan ’penalty’ akibat lewat yang telah ditetapkan di dalam kontrak perjanjian. Mungkin juga akan ditarik balik kad dan dibuang dari keahlian dan sebagainya.4) Mungkin juga pemegang kad jenis ini perlu membayar yuran permohonan sekali sahaja, dan juga yuran pembaharuan kad tahunan.b) Kad Kredit Yang Menerima Pembaharuan Bil (Revolving Credit Card)*Jenis ia adalah yang paling banyak tersebar di seluruh dunia. Antaranya Visa Card, Master Card, Diners Card, American Express Card.• Ia juga mempunyai banyak ciri yang sama dengan yang pertama tadi cuma terdapat beberapa perbezaan utama.• Pemegang Kad tidak wajib melangsaikan ‘kos guna’ nya secara keseluruhannya setelah mendapat penyata bil dari pengeluar dalam tempoh izin yang diberikan, TETAPI DIBENARKAN UNTUK MEMBAYAR HANYA NISBAH KECIL DARI BIL . Manakala bakinya, pemegang diberi pilihan samada ingin melangsaikannya dalam tempoh izin yang diberi tersebut ataupun dibiarkan bakinya lalu pihak pengeluar akan mengenakan faedah daripada jumlah bil yang tertangguh ini.• Kad ini tidak mempunyai had tertinggi penggunaan. Ini bermakna pemegang boleh berbelanja sbanyak mana yang disukainya dan hanya perlu membayar nisbah kecil dari bil, manakala bakinya boleh dibayar secara bertangguh dengan dikenakan peratusan faedah.• Pemegang Kad boleh menggunakannya samada di dalam ataupun di luar negara di mana-mana sahaja asalkan pihak peniaga mengiktirafnya.• Ia mempunyai 3 jenis kebiasaannya : Kad emas, Kad Perak dan Kad Biasa.HUKUM BERKAITAN DENGAN PENGGUNAAN KAD KREDIT 1. Kontrak dan Hubungan Antara Pengeluar, Pemegang dan Peniaga.Secara amnya, jenis kontrak yang dibuat antara pemegang kad, Pengeluar dan pihak ketiga adalah diktiraf di dalam Islam. Pandangan yang terkuat di dalam hal ini adalah hubungan Al-Kafalah (Jaminan). Dimana ‘Kafil’ (adalah Penjamin-Pengeluar Kad), ‘Makful’ (Yang dijamin- Pemegang Kad) dan ‘Makful lahu’ (Penjual). Semua ini adalah diiktiraf dan kontrak adalah sah di sisi Islam. Kesannya, semua pembelian dibuat dengan kad ini, tiada lagi hak tuntutan pembayaran dari peniaga kepada pemegang kad, kerana ia telah terpindah kepada Pengeluar.Maka tidak harus peniaga menuntutnya daripada Pemegang Kad. Demikian pandangan Hasan Al-Basri, Ibn Sirin, Ibn Hazm dan Majoriti Fuqaha. Pandangan mereka adalah berdasarkan kefahaman terhadap tiga buah hadith Nabi yang diriwayatakn oleh Abu Daud, Tirmizi, Ahmad, Al-Baihaqi, Ad-Dar Qutni dan lain lain. Justeru tulisan ini tidaklah ingin memanjangkan bicara tentangya.2. Yuran Penyertaan, Pembaharuan dan Penukaran KadHukumnya : HARUS, tiada masalah dari sudut syarak, ia dianggap sebagai upah yang telah ditetapkan oleh pihak pengeluar terhadap khidmat yang disediakannya. Juga HARUS jika terdapat perbezaan jumlah yuran khidmat bergantung kepada perbezaan jenis khidmat. Tetapi dengan syarat jumlah kos tersebut mestilah setara dengan khidmat sebenar yang diberikan.Jika ia melebihi kos khidmat sebenar, maka ia adalah Riba yang diharamkan.
Demikian keputusan dalam Qarar (ketetapan) dari Majma’ Fiqh Islami (Kesatuan Ulama Fiqh Islam Sedunia) pada persidangannya yang ke-3 , Okt 19863. Kos Tertentu Dari Peniaga kepada Bank Pengeluar Adakalanya pihak Bank pengeluar Kad meletakkan syarat dalam kontraknya dengan para peniaga sejumlah ‘kos tertentu’ dalam bentuk peratusan yang dipotong dari Bil Penjual (Peniaga), yang mana biasanya berlegar sekitar 2-5% atau 8 % dari jumlah Bil. (Lihat Jones , Sally A, The Law Relating to Credit Cards, London, 1989 ,ms 14)Hasilnya, apabila Peniaga membuat tuntutan kepada Bank Pengeluar, maka Bank akan segera menunaikan bil (Pemegang Kad) iaitu setelah dipotong jumlah kos yang disebut tadi. Kemudian pihak Bank akan menuntut kos asal (tanpa potongan) hasil penggunaan kad daripada pemegang kad.Hukumnya : Harus . Berdasarkan pendapat mazhab Hanafi yang sah. Jumlah kos ini dikira hadiah kepada Bank pengeluar. (Rujuk Fatawa Hindiyyah, juga Fatawa Al-Bazaziyah, Al-Mabsut dan lain lain ), Terdapat ramai para Fuqaha (Ulama Fiqh) mengganggap ia adalah upah wakil (Ujrah wakalah) kepada Bank kerana menjadi ‘wakil’ bagi Peniaga dalam mempromosikan barangannya serta jaminan wujudnya pelanggan. Ia juga boleh dianggap sebagai Diskaun Khas dari peniaga kepada pengeluar. Ada juga yang mengatakan ia sebagai upah Broker (Ia adalah pandangan Prof. Dr Rafiq Al-Misri).4. Syarat Mewajibkan Pemegang Kad Membuka Akaun di Bank Pengeluar.Bagi mereka yang ingin mendapatkan kad, mereka disyaratkan menyimpan sejumlah tertentu di dalam akaun bank pengeluar. Ia sebagai bukti pengiktirafan hak-haknya.Hukumnya : Harus. Dalam Fiqh Islam, ia mengambil hukum ‘Ar-Rahn’ (Barang Gadaian).
5. Hadiah dan Jaminan Khas Bagi Pemegang Kad Emas (Gold Card)Ia bertujuan untuk menarik golongan menengah dan atasan bagi menyertai skim mereka. Maka untuk tujuan itu, mereka menawarkan beberapa bentuk hadiah dan skim Insuran Percuma dan Insuran Kemalangan Perjalanan.Dalam program Hadiah Ahli (Membership Rewards), setiap US dolar hasil penggunaan Kad Emas, pengguna akan mendapat satu mata. Dan mata ini akan bertambah dan jumlah mata terkumpul tertentu akan membolehkan pengguna menikmati program melancong percuma atau penginapan di hotel percuma, atau diskaun di restoran-restoran dan lain lain. (Lihat : American Express Cards, an exclusive opportunity for a select few)Hukumnya :
1. Hadiah Insuran percuma : Hukum Insuran Konvensional telah diputuskan oleh Sidang Majma Fiqh Islami yang pertama pd 1397 H, sebagai Haram kerana mengandungi unsur Riba,Gharar, Jahalah, Judi dan lain lain. Bagaimanapun dalam konteks ini, hukumnya berlainan kerana pemegang tidak membayar apa-apa kepada syarikat Insuran, oleh itu ia tidak terjebak di dalam hukum haram yang diputuskan, malah ia dianggap sebagai hadiah galakan sahaja dan hukumnya adalah Harus. Ini adalah kerana ia bukannya maksud kontrak tetapi hanya tabi’ (perkara sampingan yang terhasil dari perjanjian). Telah diiktiraf dalam Kaedah Fiqh bahawa (Dimaafkan yang berlaku pada tawabi’ dan tidak pada lainnya- Rujuk Majalah al-Ahkam Al-‘Adliyah).2. Hadiah-hadiah lain : HARUS atas dasar sumbangan dan derma dan galakan. Asalkan ia tidak terjebak dalam muamalat Bank Konvensional Ribawi. Juga dengan syarat hadiah ini terdiri daripada perkara yang halal di sisi syarak. Bagaimanapun dalam hal seumpama ini ,ulama Mazhab Syafie tidak mengharuskannya atas dasar ‘Sadd az-Zarai’ (Menutup jalan haram dari berlaku).5. Syarat Menamatkan Kontrak Menurut Kehendak Pengeluar SahajaIaitu pihak pengeluar mempunyai hak untuk menamatkan kontrak walaupun tanpa persetujuan Pemegang kad.Hukumnya : Syarat ini diterima dan HARUS di sisi Syara’, kerana kontrak yang diikat adalah termasuk dalam bab Kafalah. Ia telahpun dinaskan sebagai kontrak ‘Ghair Lazim’ (Boleh ditamatkan kontrak tanpa persetujuan kedua-dua belah pihak). Terutamanya apabila pemegang kad melanggar perjanjian kontrak.6. Membeli Emas & Perak dengan Kad KreditMajoriti Fuqaha’ (Ulama Fiqh) telah menegaskan bahawa antara syarat sah pembelian emas dan perak dengan wang kertas mestilah transaksi pertukaran berlaku ketika itu juga tanpa sebarang penangguhan, ia disebut ‘at-taqabud fil hal’ dalam istilah Fiqh. Ia adalah berdasarkan Hadith Nabi SAW yang jelas menyatakan perihal tersebut. Wang kertas dianggap dari kalangan harta ribawi (usurious items) dan demikian juga Kad Kredit.Persoalannya : Adakah peniaga emas dan perak menerima harga bayaran di tempat transaksi jual beli dilakukan?. Dalam hal ini, Fuqaha Semasa menyatakan bahawa ‘At-Taqabud’ sebenarnya telah terlaksana, iaitu dengan cara melalukan kad kredit tersebut di alat bacaan kad kredit ketika pembayaran dibuat. Dengan tindakan ini, semua maklumat telah dihantar ke Bank Pengeluar yang akan menguruskan pembayaran selepas itu.Maka hukumnya : HARUS dan ‘at-Taqabud’ telah berlaku secara al-Hukmi (secara hukumnya) dan telah tercapai, sebagaimana pembelian dengan cek..Demikian Qarar dan Fatwa dari Majma’ Fiqh Islami dalam sidangnya yang ke 9 pada April 1995 .7. Pertukaran Matawang (Money Exchange atau ‘As-Sarf’) Dengan Kad Kredit.Biasanya, pemegang kad boleh menggunakan kad ini di kebanyakan negara di dunia bagi membeli apa jua barang yang dikehendakinya, dengan penggunaan kad ini, maka pihak Bank Pengeluar akan membayar Bil kegunaan di luar negara tadi secara segera dengan matawang negara yang terbabit. Kemudian menuntut dari Pemegang kad dengan Matawang tempatan (dengan menggunakan harga pertukaran hari tersebut - sebagaimana termaktub di dalam perjanjian) bagi membayar bil dalam tempoh izin sekitar 2-3 minggu.Jelas, terdapat transaksi pertukaran matawang (As-Sarf) dalam hal ini. Sebagaimana maklum syarat dalam Islam bagi pertukaran wang adalah ‘At-Taqabud fil hal’.Hukumnya : HARAM. Ini adalah kerana kelewatan Bank menerima timbal balik dari pemegang kad, bagi pertukaran matawang yang telah dilakukannya. Bank hanya mendapat timbal tukaran itu selepas 2-3 minggu, ini kerana Bank menuntut Bil dari pemegang kad hanya selepas dikeluarkan bil penyata selain memberinya had tempoh izin. Justeru tiada taqabud haqiqi ataupun hukmi berlaku disini. Lalu Hukumnya adalah HARAM kerana berlaku Riba Buyu’ .BAGAIMANAPUN dikecualikan dari haram dalam keadaan dharurat dan keperluan yang amat sangat.8. Denda Kerana Lewat Langsaian Bil bagi ‘Charge Card’.Terkandung di dalam syarat kontrak bagi ‘Charge Card’, bahawa pemegang kad akan menanggung denda akibat kelewatan melangsaikan bilnya dalam tempoh izin. Sudah tentu ia berbentuk wang.Hukumnya : HARAM, terdapat unsur Riba An-Nasiah (Riba Hutang) yang sangat dilarang di dalam Islam kerana terdapat unsur menzalimi manusia lain serta memakan harta manusia tanpa haq. Telah Ijma’ seluruh ulama muslim pengharaman riba ini.Demikian Keputusan hasil persidangan Fiqh bagi Kad Kredit di Bahrain pada Nov 1998. BAGAIMANAPUN terdapat keputusan berbeza dari persidangan AL-BARAKAH ke 12, yang memutuskan HARUS, ia berdasarkan sebab kelemahan kefahaman agama dan kesengajaan dalam melewatkan dalam melangsaikan Bil walaupun mampu. Demikian juga pandangan Syeikh Prof. Mustafa Ahmad Az-Zarqa. Pandangan yang lebih kuat adalah HARAM.9. Bunga atau Faedah Dikenakan bagi Memperbaharui Bil Bagi Credit CardTerkandung dalam syarat kontrak ‘Credit Card’ syarat , bagi pemegang yang tidak ingin melangsaikan bil secara sepenuhnya, maka bil yang berbaki tersebut akan dikenakan faedah.Hukumnya : HARAM, ia adalah Syarat Riba yang dilarang di dalam Islam tanpa sebarang ragu-ragu. Demikian keputusan persidangan Fiqh bagi Kad Kredit di Bahrain pada Nov 1998.Soalan : Adakah harus seorang muslim memohon Kad ini, yang jelas mensyaratkan faedah bagi bil berbaki?JAWAPAN : Asalnya adalah HARAM dan batal syarat tersebut. Bagaimanapun terdapat pengecualian apabila ada keperluan mendesak dan tiada pilihan lain, ketika itu hukumnya HARUS, dengan syarat membayar penuh bil tanpa meninggalkan sebarang baki yang boleh dikenakan Faedah.10. Mengeluarkan Wang dengan Kad KreditIa dianggap pemegang kad membuat pinjaman kepada Bank Pengeluar Kad secara langsung melalui ‘Auto Teller Machine’ bank pengeluar atau cawangannya atau melalui ATM Bank Lain (dikira sebagai wakil).Hukumnya :1. HARUS, jika pemegang mempunyai wang yang mencukupi dalam akaunnya. Ketika itu pemegang kad seolah-olah mengeluarkan wangnya sahaja. Jika diambil dari bank lain juga demikian. Dan Harus pihak bank mengambil kos upah dengan kadar khidmat mereka yang sebenar.2. HARAM JIKA Bank Pengeluar mensyaratkan Faedah atau bunga hasil pinjaman yang diberikan. Kerana ia adalah Riba al-Qurudh. KECUALI JIKA PIHAK BANK PEMBERI PINJAMAN HANYA MENGAMBIL KOS KECIL YANG TETAP, HASIL KHIDMAT PEMPROSESAN YANG DIBUATNYA SAHAJA. KETIKA ITU HARUS , Demikian qarar Majma’ Fiqh Islam Sedunia pada sidangnya ketiga pada 1986 M.3. Jika Pemegang tiada jumlah yang mencukupi di dalam akaunnya (berlaku overdraft) atau langsung tiada sebarang akaun. Maka dianggap pengeluarannya itu adalah PINJAMANnya terhadap bank. dan semua hukum pinjaman (al-Qardh) di dalam Islam adalah terpakai ketika itu. Sebagaimana Hadith Mawquf : ‘Kullu Qardhi Jarra Naf’an Fahuwa Riba’ Setiap pinjaman yang mensyaratkan sebarang manfaat bagi pihak pemberi pinjaman adalah RIBA.PENUTUPDemikian sahaja beberapa bentuk urusniaga yang terhasil dari penggunaan kad kredit. Diharap ianya dapat memberikan gambaran yang jelas terhadap seluruh hukum-hakam yang berkaitan dengannya, dan diberikan kita kekuatan untuk menjauhi mana yang haram sedaya mungkin.Rujukan :1. Al-Bidaqah al-Bankiyah, Prof. Dr Abd Wahab Abu Sulaiman, Dar al-Qalam, Dimasqh , cet 1, 1998 m .2. Qadhaya Fiqhiyyah Mu’asiroh Fil Mal wal iqtisod, Prof. Dr Nazih Kamal Hammad, Dar al-Qalam, Dimasqh, cet 1, 2001 M.3. Bidaqah al-I’timan min Manzur Islami, Prof. Dr Abd Fatah Idris, Cet 1, 2001 M4. The Law Relating to Credit Cards, Jones , Sally A , London, 19895. Majalah Majma Fiqh Islami , Bil 3 dan 8 , Sidang 1, 3 dan 96. Al-Fatawa al-Hindiyyah, cet al-amiriyyah , Bulaq, 1310 H7. Al-Fatawa al-Bazaziyyah , cet al-amiriyyah , Bulaq, 1310 H8. Bitoqah al-I’timan, Al-Syeikh Dr Abd Satar Abu Ghuddah9. Al-Mabsut , Imam As-Sarakhasi, cet as-sa’adah, Mesir, 1324 H10. Hawl Jawaz Ilzam al-Mumatil bita’wid lid Dain, Majalah Dirasat Iqtisodiyaah Islamiyah, jil 3 , Bil 2, 1996 m.

Nisfu Syaaban


Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."
Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini
Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya
i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allahii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allahiii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman
3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)

Saturday, June 20, 2009

Registrar (academic)


In education outside the United Kingdom, a registrar or registrary is an official in an academic institution (a college, university, or secondary school) who handles student records. Typically, a registrar processes registration requests, schedules classes and maintains class lists, enforces the rules for entering or leaving classes, and keeps a permanent record of grades and marks.
In most Universities in the United Kingdom, the Registrar is the head of the University's administration. The role is usually combined with that of Secretary of the University's governing bodies and in these cases, the full title will often be "Registrar and Secretary" (or "Secretary and Registrar") to reflect these dual roles. The University of Cambridge, England uses the archaic spelling of "Registrary" for this office.
Various grades of professional academic-related staff perform senior administrative and managerial roles in such universities on behalf of the Registrar or Head of Department and head subsections of the administration. Titles afforded to such staff include Academic Registrar, Assistant Registrar, Senior Assistant Registrar and Principal Assistant Registrar. Salaries for such positions in 2007 average £70k, £40k, £44k and £47k respectively (some institutions refer to Senior Assistant Registrars as Principal Assistant Registrars, so £48k is the salary for either position).

Master's degree


master's degree is an academic degree granted to individuals who have undergone a course of study demonstrating a mastery or high-order overview of a specific field of study or area of professional practice.[1] Within the area studied, graduates possess advanced knowledge of a specialized body of theoretical and applied topics; high order skills in analysis, critical evaluation and/or professional application; and the ability to solve complex problems and think rigorously and independently.[2]
The two most common types of master's degrees are the Master of Arts (M.A.) and Master of Science (M.S.); these may be course-based, research-based, or (more typically) a mixture of the two. Some universities use the Latin degree names; because of the flexibility of word order in Latin, the Master of Arts and Master of Science may be known as magister artium or artium magister and magister scientiæ or scientiarum magister, respectively.
Harvard University and the University of Chicago for instance, use A.M. and S.M. for their master's degrees and MIT uses S.M. for its master of science degrees. Master of Science often is abbreviated MS or M.S. in the United States,[3] and MSc or M.Sc. in Commonwealth nations and Europe.
A dissertation may or may not be required, depending on the program. There are various degrees of the same level, such as engineer's degrees, which have different names for historical reasons.
There has recently been an increase in programs leading to these degrees in the United States; more than twice as many such degrees are now awarded as compared to the 1970s.[4]
In some languages, a master's degree is called a magister, which is Latin for master (teacher), and magister or a cognate can also be used for a person who has the degree.



Structure
Further information: Master's degree in North America and Master's degree non-Euroamerican
There are a range of pathways to the degree, with entry based on evidence of a capacity to undertake higher degree studies in the proposed field. The master's is usually offered at a postgraduate level, although it is also offered as an undergraduate degree. Some university programmes provide for a joint bachelor's and master's degree after four or five years.

[edit] Duration
In the recently standardized European System of higher education (Bologna process), a master's degree corresponds to a one- or two-year postgraduate program (60 to 120 ECTS credits) undertaken after at least three years of undergraduate studies. It provides higher qualification for employment or prepares for doctoral studies. In general, though, the structure and duration of a program of study leading to a master's degree will differ by country and by university:
In some systems, such as those of the USA and Japan, a master's degree is a postgraduate academic degree awarded after the completion of an academic program of one to six years in duration.
In the systems of a limited number of countries, such as England, Scotland (students entering their education after July 2007), and Ireland, a master's degree can be both an undergraduate academic degree awarded after the completion of an academic program of four (or sometimes five) years, or a postgraduate academic degree awarded after the completion of an academic program of one to two years.

[edit] Admission
In countries in which a master's degree is a postgraduate degree, admission to a master's program normally requires holding a bachelor's degree (in the United Kingdom an 'honours' bachelor degree), although relevant work experience may qualify a candidate. Progressing to a doctoral program sometimes requires that the candidate first earn a master's degree. In some fields or postgraduate programs, work on a doctorate begins immediately after the bachelor's degree, but the master's may be earned along the way, as a result of the successful completion of coursework and certain examinations. In some cases the student's bachelor's degree must be in the same subject as the intended master's degree, or in a closely allied discipline; in others, the subject of the bachelor's degree is unimportant.

[edit] Comparable European degrees
In some European countries, a magister is a first degree and may be considered equivalent to a modern (standardized) master's degree (e.g., the German university Diplom/Magister, or the similar 5-year or 7-year diploma awarded in several subjects in Greek, Spanish, Italian, Polish, and other universities and polytechnics).
In the Francophone countries, a DEA is the postgraduate degree and considered equivalent to the master's degree (e.g., in France and the French-speaking Belgium, a DEA is a one- to two-year degree taken after the Licence), after the application of Bologna process, the DEA had been given a new name: MAS (Master of Advanced Studies).
In Switzerland, the old Licence (four to five years in duration) is considered equivalent to the master's degree.[5]
In Denmark the title candidatus or candidata (female) abbreviated cand. is used as a master's equivalent. Upon completion of for instance, a engineral master's degree, a person becomes cand.polyt. (polytechnical). Similar abbreviations, inspired by Latin, applies for a large number of educations, such as sociology (cand.scient.soc), economics (cand.polit. or cand.oecon), law (cand.jur), humanities (cand.mag) etc. A cand. title requires the obtainment of a bachelor's degree. In Sweden, the title of kand. equivalates to a bachelor's degree.

Doctor of Philosophy


Doctor of Philosophy, abbreviated Ph.D. or PhD for the Latin philosophiæ doctor, meaning "teacher of philosophy", or, more rarely, D.Phil., for the equivalent doctor philosophiæ, is an advanced academic degree awarded by universities. In many, but not all countries in the English-speaking world, it has become the highest degree one can earn (but see also the higher doctorates awarded by universities in the UK, Ireland and some Commonwealth countries) and applies to graduates in a wide array of disciplines in the sciences and humanities. The Ph.D. has become a requirement for a career as a university professor or researcher in most fields.
The detailed requirements for award of a Ph.D. degree vary throughout the world; however, there are a number of common factors. In some countries (the US, Canada, Denmark, for example), most universities require coursework for Ph.D. degrees. In many other countries (especially those with a greater degree of specialization at the undergraduate level, such as the UK) there is no such condition in general. It is not uncommon, however, for individual universities or departments to specify analogous requirements for students not already in possession of a master's degree.
In countries requiring coursework, there is usually a prescribed minimum amount of study — typically two to three years full time, or a set number of credit hours — which must take place before submission of a thesis. This requirement is usually waived for academic staff submitting a portfolio of peer-reviewed published work. The candidate may also be required to successfully complete a certain number of additional, advanced courses relevant to his or her area of specialization.
A candidate must submit a thesis or dissertation consisting of a suitable body of original academic research, which is in principle worthy of publication in a peer-refereed context.[1] In many countries a candidate must defend this work before a panel of expert examiners appointed by the university; in other countries, the dissertation is examined by a panel of expert examiners who stipulate whether the dissertation is in principle passable and the issues that need to be addressed before the dissertation can be passed.
Universities in the non-English-speaking world have begun adopting similar standards to those of the Anglophone Ph.D. degree for their research doctorates (see, for example, Bologna Process).[2]


History of the Ph.D. degree


The origins of the doctorate dates back to the ijazat attadris wa 'l-iftta ("license to teach and issue legal opinions") in the medieval Madrasahs from the 9th century, though it was limited to Islamic law at the time, as in a Doctor of Laws degree.[3] The doctorate was later extended to philosophy in the European universities in the Middle Ages which generally placed all academic disciplines outside the professional fields of theology, medicine and law under the broad heading of "philosophy" (or "natural philosophy" when referring to science). The degree of Doctor of Philosophy was a doctorate, generally granted as honorary degrees to select and well-established scholars.[citation needed]
According to Wellington, Bathmaker, Hung, MucCullough and Sikes (2005), the first Ph.D. degree was awarded in Paris in 1150, but not until the early nineteenth century did the term "Ph.D. degree" acquire its modern meaning as the highest academic doctoral degree, thanks to university practice in Germany. As Wellington et al. explain, prior to the nineteenth century professional doctoral degrees could only be awarded in theology (Th.D.), law (J.D.), or medicine (M.D.). In 1861, Yale University adopted the German practice (first introduced in the 19th century at the Friedrich Wilhelm University in Berlin) of granting the degree to younger students who had completed a prescribed course of graduate study and successfully defended a thesis/dissertation containing original research in science or in the humanities.[4]
From the United States the degree spread to Canada in 1900, and then to the United Kingdom in 1917.[5] This displaced the existing Doctor of Philosophy degree in some universities; for instance, the D.Phil. (higher doctorate in the faculty of philosophy) at the University of St Andrews was discontinued and replaced with the Ph.D. (research doctorate). Oxford retained the D.Phil. abbreviation for their research degrees. Some newer UK universities, for example Buckingham (est. 1976), Sussex (est. 1961), and, until a few years ago, York (est. 1963), chose to adopt the D.Phil., as did some universities in New Zealand.

Sunday, June 14, 2009

AMALAN SUNAT DALAM BULAN-BULAN ISLAM



ALAN SUNAT DALAM BULAN-BULAN ISLAM :


BULAN MUHARRAM
Tanggal 1-9hb disunatkan berpuasa (puasa Tasua')
Tanggal 10hb disunatkan berpuasa (puasa Asyura)
Dalam bulan ini disunatkan agar memperbanyakkan amalan bersedekah kepada fakir miskin
Disunatkan supaya melebihkan perbelanjaan dalam keluarga
Mengusap kepada anak yatim dan menaruh perasaan belas kasihan terhadap mereka
Memperbanyakkan bacaan zikir dan selawat
Sesiapa yang berbuat baik kepada anak yatim seolah-olah ia telah berbuat baik kepada semua anak-anak yatim.
Sesiapa yang bersedekah pada hari itu maka seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta-minta selama hidupnya



BULAN SAFAR
BULAN RABIUL AWWAL
BULAN RABIUL AKHIR
BULAN JAMADIL AWWAL
BULAN JAMADIL AKHIR

Tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam bulan ini melainkan amalan sunat dan fardhu seperti biasa.


REJAB

Bersabda Rasulullah saw maksudnya " Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku." Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw maksudnya,
Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredhaan Allah
Sesiapa yang berpuasa 2 hari maka ia akan mendapat kemuliaan yang besar dari Allah
Sesiapa yang berpuasa 3 hari maka ia akan dijauhkan dari Allaj dari dugaan dunia, deselamatkan dari penyakit yang berbahaya dan diselamatkan dari disiksa diakhirat dan fitnah dajjal
Sesiapa yang berpuasa 7 hari maka akan dikunci oleh Allah 7 pintu neraka jahannam baginya
Sesiapa yang berpuasa 8 hari maka akan dibuka oleh Allah 8 pintu syurga baginya
Sesiapa yang berpuasa 10 hari maka akan dieprkenankan oleh Allah hayat dan permintaannya
Sesiapa yang berpuasa 15 hari maka Allah akan menambahkan pula pahala amalannya berlipat kali ganda
Orang yang berpuasa di bulan Rejab kelak di Syurga diberi minum air sungai yang bernama Rejab yang airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari manisan dan lebih dingin dari salji
Dalam bulan lain setiap amalan akan digandakan Allah 10 kebajikan, tetapi pada bulan Rejab akan digandakan sebanyak 70 kebajikan.
Digalakkan mendengar kisah dan peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab seperti Isra' Mikraj Rasulullah saw.



BULAN SYAABAN

Syaaban adalah bulan Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya " Dinamakan dengan syaaban (berserak-serak) itu adalah kerana di dalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak.
Setiap amalam kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda
Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya.
Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan di akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi, pahala beribadat selama 70 tahun.
Kelebihan malam nisfu Syaaban pula ialah sesiapa yang mendirikan solat sunat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.
Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap kedua ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.



BULAN RAMADHAN

Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud " Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan."

Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"

Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda
Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu
Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka
Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain.
Benyakkan berdoa, berzikirz selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain
Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan.
Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.
Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya



BULAN SYAWAL

Amalan sunat di bulan Syawal :
Amalan sunat pada 1 Syawal seperti :
a) Membayar zakat fitrah sebelum menunaikan Solat Aidil Fitri
b) Menghias diri dan tempat tinggal supaya kelihatan bersih dan cantik
c) Mendi Sunat Aidilfitri pada pagi harinya
d) Menjamah sedikit makanan sebelum keluar menuju masjid
e) Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan yang lain
f) Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid
g) Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 1 Syawal hinggalah tersenam matahari pada hari raya tersebut.
Berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal (Sunat Syawal)
Rasulullah saw bersabda yang maksudnya " Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan kemudian diikuti dengan 6 hari dibulan Syawal maka perumpamaannya seperti ia berpuasa sepanjang tahun."


BULAN ZULKAEDAH

Tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam bulan ini melainkan amalan sunat dan fardhu seperti biasa.



BULAN ZULHIJJAH

Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a, Rasullullah s.a.w telah menerangkan tentang fadilat di bulan Zulhijjah iaitu :
Tanggal 1 Zulhijjah kesalahan Nabi Adam as telah diampunkan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu dosanya akan diampunkan oleh Allah
Tanggal 2 Zulhijjah doa nabi Yunus as diperkenankan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu seperti berpuasa setahun dan dicatitkan baginya seperti tidak pernah melakukan maksiat.
Tanggal 3 Zulhijjah doa nabi Zakaria telah diperkenankan oleh Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu doanya juga akan diperkenankan oleh Allah
Tanggal 4 Zulhijjah Nabi Isa dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terhindar dari kefakiran dan kemelaratan.
Tanggal 5 Zulhijjah Nabi Musa as dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terlepas ia dari sifat munafik dan siksa kubur
Tanggal 6 Zulhijjah allah telah membukakan pintu-pintu kebajikan kepada nabi-nabiNya. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dipandang oleh Allah dengan pandangan rahmat
Tanggal 7 Zulhijjah pintu neraka Jahannam akan dikunci. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dibukakan 30 pintu kemudahan dan dikunci 30 pintu kesulitannya
Tanggal 8 Zulhijjah Nabi Ibrahim telah mendapat perintah supaya menyembelih anaknya Ismail. Seharian ia berfikir sama ada perintah itu daripada Allah atau dari Syaitan.Hari itu dinamakan hari Tarwiyah (hari berfikir). Sesiapa yang berpuasa hari tersebut akan diberikan pahala yang banyak oleh Allah
Tanggal 9 Zulhijjah Allah telah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa mimpinya itu adalah benar dari Allah, bukan dari syaitan. Oleh itu, hari tersebut terlah dikenali sebagai 'Arafah' (Hari ketahui).

Sunat bersedekah kepada fakir miskin. Sesiapa yang bersedekah pada hari tersebut akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat nanti dalam keadaan aman dan sentosa.
Amalan sunat pada 10 Zulhijjah seperti :
a) Mandi sunat Aidil Adha pada pagi harinya.
b) Sunat tidak menjamah makanan atau minuman sehinggalah selesai menunaikan solat Adha
c) Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan yang lain
d) Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid
e) Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 10 Zulhijjah hinggalah tersenam matahari pada tanggal 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad)
Sunat membaca doa akhir tahun pada tanggal 29 atau 30 Zulhijjah selepas solat Asar dan membaca doa awal tahun selepas solat Magrib pada malam pertama awal Muharram.