Buku ini ditulis bertujuan memberikan panduan kepada Pegawai Tadbir Universiti (PTU) untuk memahami peranan, fungsi dan tanggungjawab sebagai Penjawat Awam Badan Berkanun khususnya Pegawai Tadbir Universiti (Gred N).
Seperti yang sedia maklum universiti merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang menyediakan peluang pembelajaran dan penyelidikan yang perlu di urus dengan baik . PTU diibaratkan sebagai Tiang Seri kepada kecemerlangan dan kegemilangan sesebuah universiti yang melahirkan graduan dan hasil penyelidikan yang unggul. Justeru, bagi menyediakan PTU menjadi pegawai yang berdedikasi dan profesional, buku ini digarap dapat membantu ke arah hasrat tersebut.
Adalah menjadi harapan saya agar buku kecil ini berguna dan menjadi sumber rujukan dan inspirasi untuk memjukan diri dalam kerjaya sebagai Pegawai Tadbir Universiti (PTU) dan juga Pegawai-Pegawai Profesional lain serta Pegawai Sokongan. Selain itu, buku ini juga mengenengahkan beberapa isu berkenaan PTU yang boleh di kongsi bersama.
Selamat Membaca
Zul-Atfi Hashim
Kini berkhidmat sebagai
Penolong Pendaftar Kanan
di Pejabat Dekan
Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi
Universiti Malaysia Terengganu
Disember 2008