Saturday, December 27, 2008
Could You Forgive Your Spouse for Cheating?
Could you forgive your spouse for cheating on you? Many people would say no way, it’s not worth it, there’s too much pain and too much trust lost.
Monday’s post about the signs of a cheating husband stirred up quite a bit of controversy - but not in the comments section. I received a flood of emails from women who had experienced cheating husbands…and who had cheated themselves. It was a stark reminder that men are not solely at fault for ruining relationships.
Some of you didn’t like that I suggested snooping in your husband’s personal affairs. You thought that it was an invasion of privacy and a sign of mistrust.
“I completely disagree with you that wives should snoop on their husband’s computer and cell phone usage if they’re suspicious. I find such behavior absolutely despicable, a major invasion of privacy. I think any snooping automatically negates any supposed “misdeeds” FYI, I’m a married woman (have been for a little over 12 years), and I would never, ever do this to my husband, no matter how suspicious or apprehensive I was.” - Sarah
Personally, I think that a good husband shouldn’t have anything to hide from his wife. My wife knows the passwords to my computer and email accounts, and she knows how to check my call history, but I understand the sentiment.
I asked one reader to share her story about the affair that severely damaged their marriage. Her husband cheated on her but she forgave him - or, is at least working on forgiving him. Here are her responses:
1) How did it come out?
“My husband confessed his affair on his own. He had an affair with an old girlfriend who lives out of state. It had been through phone calls and texting and emails. Then he flew out for a visit (on business) and spent the last night of his trip with her. He came home, and told me the next day. Based on what he said to me, the way he described his feelings (and lack there of), I knew there was a bigger problem. I told him to look up signs and symptoms of depression and Bipolar disorder and consider calling a doctor.”
2) How & why did you decide to stay?
“He called a doctor the next morning, had an appt at 3, and was put in outpatient therapy for the rest of the week. He was urged by his doctors to ‘not make any major decisions’ until after being on medication a while and having some therapy. During that time, I did my best to stay calm and unintrusive.. all while completely falling apart inside and out. He ‘wanted space’, so I gave it to him. After some time on meds, and finding out he is Bipolar, things started to improve for him. He stopped talking to the other woman about 5 weeks after his visit and decided to work on repairing our marriage. I waited patiently for his decision, for more information, for answers.. I knew that if he did not do it on his own terms, I could not trust that it was authentic.”
3) How did you get past it & what is your relationship like now?
“Infidelity literally kills a marriage. In order for a couple to stay married and recover from it, both partners have to recognize that everything they had before is gone and dead. They have to start over and rebuild from the ground up rather than trying to ‘get things back to how they used to be’. It has been less than a year since my husband’s affair, and I’m still a complete mess (but I do have other issues too that contribute to that). Getting past an affair takes hard work and dedication - it sounds rather trite and cliche, but it is the truth. If either spouse is not 100% commited and ‘in it’ then they will soon give up in frustration. I still have days where I want to just get up and walk out, but I know that that is not what God wants for me and my family. So, when things get hard, I lean on Him.
A lot about our relationship is still the same.. but a lot is different. He is now more open with me, I’m more reserved with him. He is more trusting and expressive, I’m more closed and hesitant. Hopefully, someday, we will both be more open and trusting with each other.. but I know it will take time.”
So I ask you, reader. Could you forgive your spouse for cheating on you? What if, unlike the above example, your husband cheated without the influence of mental illness? What if he simply messed up? Would you be able to forgive him then?
Wednesday, December 17, 2008
Enstein Malaysia lahir automatik melalui pengajaran Sains, Matematik dalam bahasa Inggeris?
| |||||||||
Dalam meniti perkembangan kemajuan sains dan teknologi, tidak dapat dinafikan bahawa bahasa Inggeris adalah antara bahasa yang terpenting di peringkat antarabangsa. Bahasa Inggeris juga seringkali dianggap sebagai bahasa yang signifikan dalam memastikan kita tidak akan ketinggalan jauh di belakang dalam mengecapi apa yang dikatakan sebagai kemajuan.
Namun, tidak pula yang bercakap tentang bahasa Melayu sebagai bahasa yang menjadi tunjang dalam memperoleh kemajuan. Sedangkan bahasa Melayu telah digunakan begitu meluas sebagai salah satu cabang dari bahasa-bahasa Austronesia oleh sekitar 300 juta penutur dalam gugusan pulau-pulau Melayu-Polinesia. Dalam membina bangsa yang berjaya dan berdaya saing perlu juga diambil kira relevansi dalam sesuatu tindakan. Penialian tersebut perlu dibuat dalam konteks yang meluas dan bersifat jangka panjang serta tidak sempit kepada matlamat yang terbatas dan hanya bersifat jangka pendek. Masalah sebenar Menurut Dato' Dr Hasan Ahmad dalam bukunya Ke Arah Kelahiran Melayu Glokal, orang Melayu yang terlibat dalam membuat dasar dan keputusan yang bersangkutan dengan kepentingan bangsa Melayu seharusnya memahami apakah masalah sebenar yang dihadapi oleh orang Melayu. Seperti contoh dalam menyelesaikan masalah kelemahan pelajar Melayu dalam menguasai bahasa Inggeris. Ada pihak yang mengaitkannya dengan sikap orang Melayu itu sendiri yang membenci bahasa Inggeris. Maka dengan dasar yang meletakkan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan dalam matapelajaran Sains dan Matematik, pelajar melayu mahu tidak mahu akan belajar bersungguh-sungguh dalam menguasai bahasa Inggeris untuk lulus dalam peperiksaan. Tetapi, hakikatnya, sebelum merdeka, sejarah telah membuktikan bahawa dasar seperti ini yang menyebabkan anak-anak Melayu tidak mempunyai pendidikan yang lebih tinggi daripada peringkat sekolah rendah. Beberapa siri peperiksaan diperkenalkan seperti Lower Certificate Education (LCE), Senior Cambridge (SC), dan sebagainya yang menggunakan aliran Inggeris sepenuhnya menyebabkan sebahagian besar pelajar melayu khususnya di luar bandar gagal. Maka, ekoran itu, peluang mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tertutup dan akhirnya mereka terpaksa mencari pekerjaan. Melihat kepada permasalahan tersebut, Allahyarham Tun Abdul Razak telah mengambil inisiatif untuk mengubah dasar pendidikan negara dengan memperkenalkan aliran Melayu di semua sekolah. Setelah dasar pendidikan negara diubah dan dasar bahasa Kebangsaan diutamakan dalam sistem pendidikan, ratusan ribu pelajar Melayu memperoleh pendidikan yang lebih tinggi hingga ke peringkat pengajian tinggi. Maka, ramai dari graduan Melayu yang telah berjaya menjadi pakar dan memegang jawatan-jawatan penting dalam bidang pekerjaan mereka masing-masing. Tambah bebanan Dalam pada itu, dalam keghairahan kita untuk melahirkan pakar-pakar dalam bidang sains dan teknologi, sebenarnya kita telah menambahkan lagi bebanan kepada mereka yang belajar di luar bandar. Inilah hakikat yang harus kita terima. Dengan suasana dan kehidupan masyarakat luar bandar yang kurang diberikan pendedahan dalam penggunaan bahasa Inggeris, tiba-tiba mereka dihidangkan dengan mata pelajaran yang sememangnya sukar untuk difahami seperti fizik dan kimia untuk diajar dalam bahasa Inggeris. Adakah dengan meletakkan sasaran untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam matapelajaran Sains dan Matematik akan berjaya menjadikan mereka saintis yang berjaya secara automatik seperti Albert Enstein? Profesor Diraja Ungku Aziz pernah memberi reaksi yang agak bercanggah ketika dasar ini dibentangkan dengan menyatakan "sekiranya kita benar-benar ingin memajukan bangsa dalam bidang pendidikan, maka perlengkapkan dahulu kemudahan prasarananya". Pandangan beliau ini berkait rapat dengan kesukaran yang akan dihadapi oleh pelajar Melayu yang tinggal di luar bandar untuk mempelajari Sains dan Matematik. Bahasa terpenting Dalam meniti perkembangan kemajuan sains dan teknologi, tidak dapat dinafikan bahawa bahasa Inggeris adalah antara bahasa yang terpenting di peringkat antarabangsa. Bahasa Inggeris juga seringkali dianggap sebagai bahasa yang signifikan dalam memastikan kita tidak akan ketinggalan jauh di belakang dalam mengecapi apa yang dikatakan sebagai kemajuan. Dengan masalah kekurangan dari segi kemudahan untuk mendapatkan pendedahan serta kefasihan dalam penggunaan bahasa Inggeris yang masih lemah, sudah tentu pelbagai kesukaran yang akan mereka hadapi untuk belajar matapelajaran-matapelajaran tersebut dalam bahasa Inggeris. Kesannya, tidak hairanlah mengapa berlaku terlalu banyak keciciran dalam pendidikan yang sebahagian besarnya melibatkan bangsa kita. Tokoh Dewan Bahasa dan Pustaka DBP Dato' Awang Sariyan ketika membentangkan kertas kerjanya dalam Kenvensyen Bahasa Kebangsaan di Dewan Bahasa dan Pustaka menyatakan cara terbaik dalam menyelesaikan masalah kelemahan penguasaan bahasa Inggeris adalah dengan memperbaiki dan memperkasa sistem pengajaran bahasa Inggeris tersebut tanpa melibatkan matapelajaran lain. Apabila ia melibatkan matapelajaran lain, ia menunjukkan seolah-olah bahasa Melayu telah hilang wibawanya sebagai bahasa ilmu dalam masyarakat yang membawa kepada corak ketamadunan Melayu-Islam. Persoalan yang perlu dijawab, adakah adil untuk kita menafikan autoriti bahasa Melayu sebagai bahasa pendidikan hanya disebabkan pelajar melayu lemah dalam perkara-perkara asas dalam bahasa Inggeris seperti penggunaan tatabahasa? Emperor Puyi sewaktu perang dunia kedua telah bersubahat dengan Jepun untuk menyerang Manchuria dan setelah kemenangan dicapai, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Emperor. Sebelum beliau dinaikkan pangkat, beberapa perjanjian penting telah ditandatangani dalam menentukan polisi untuk membina negara Manchuko (Manchuria). Dasar pertama dan yang paling besar dalam polisi negara Manchuko adalah pendidikan dalam negara tersebut perlu menggunakan bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar di semua peringkat. Ini jelas menunjukkan akan kepentingan bahasa dalam bidang pendidikan kerana ia akan menentukan generasi bangsa Manchuko itu sendiri pada masa akan datang. Jatuh bangun bangsa Menurut teori Ibnu Khaldun dalam kitabnya Muqaddimah, menyatakan "yang menentukan jatuh bangun sesuatu bangsa adalah kekuatan asabiyahnya". Salah satu perkara yang yang menjadi penentu kepada kekuatan asabiyah tersebut adalah bahasa yang menjadi alat komunikasi sesuatu rumpun bangsa. Lihat saja beberapa bangsa lain di negara Afrika yang telah hilang identiti bangsanya apabila bahasa penjajah seperti Perancis dan British telah diagungkan dan dijadikan bahasa terpenting dalam semua perkara termasuk pendidikan sehingga menenggelamkan bahasa ibunda mereka. Apa yang perlu disedari adalah kewibawaan sesuatu bahasa itu tidak terletak pada wibawa bahasa itu sendiri akan tetapi kepada kesetiaan pendokong dan penuturnya.. Profesor Dr James T. Collins menegaskan "wibawa sesuatu bahasa tidak terletak pada struktur dan sintaksisnya, kekuatan dan daya tarik bahasa berasaskan faktor politik dan sosial, termasuk kepesatan dan pencapaian ekonominya serta kesedaran dan kesetiaan penuturnya" Bahasa sememangnya mencerminkan identiti masyarakat kita. Dalam hipoteis yang dibuat oleh ahli sosiologi linguistik Sapir dan Whorf, bahasa sebenarnya menentukan budaya sesuatu masyarakat. Seperti contoh bahasa Melayu yang penuh dengan nilai-nilai kesopanan dan kemuliaan telah membentuk budaya Melayu itu sendiri yang dipenuhi dengan nilai-nilai positif. Sekiranya autoriti bahasa itu tidak dipelihara, maka akan terhakislah keutuhan bahasa Melayu yang dahulunya digunakan sebagai bahasa pergaulan yang bersifat perhubungan (lingua franca) di wilayah kepulauan Melayu sejak abad ketujuh pada zaman kerajaan Srivijaya sehinggalah abad ke-14, dan pada zaman-zaman kerajaan berikutnya seperti Empayar Melayu Melaka. Dengan terhakisnya keutuhan bahasa Melayu, nilai budaya serta identiti bangsa kita sebagai bangsa Melayu juga akan turut lenyap ditelan zaman. |
Tuesday, December 16, 2008
Monday, December 15, 2008
Pengurusan Penyelidikan Universiti : Kemana Arah Tuju?
1) Sikap Penyelidik
Setiap Penyelidik mempunyai inetest yang berlainan justeru menyukarkan mereka untuk bekerja sama antara penyelidik. Kebiasaannya penyelidik mempunyai keazaman untuk memiliki makmal sendiri bagi memudahkan menjalankan penyeldikan
2) Faktor Kewangan
Pihak kerajaan melalui MOSTI dan KPT menyalurkan dana penyelidikan kepada semua universiti melalui skim gerannya yang tersendiri. Namun, hasil yang diharapkan daripada pelaburan kerajaan terhadap dana tersebut kurang membuahkan hasil. Antaranya penerbitan yang kurang berkualiti, inovasi yang tidak dikomersilkan dan sebagainya
3) Faktor Promosi
Terdapat banyak pameran penyelidikan yang dianjurkan oleh pihak kerajaan untuk membantu penyelidik terutamnya di universiti namun nya kurang membuahkan hasil. Apa yang diperolehi adalah pingat-pingat yang hanya disimpan di almari.
Wednesday, December 10, 2008
Pegawai Tadbir Universiti : Isu dan Cabaran
Struktur Pentadbiran Universiti
Struktur Pentadbiran Universiti dinyatakan dengan jelas dalam Perlembagaan Universiti iaitu Akta Universiti dan Kolej 1971 (pindaan 1995).
Universiti di tadbir oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) iaitu Naib Canselor. Naib Canselor di lantik oleh menteri selepas berinding dengan Lembaga Pengarah Universiti Lembaga Pengarah. Kebiasaanya tempoh lantikan Naib Canselor adalah 2 tahun dan boleh disambung perkhidmatannya dengan persetujuan menteri berkenaan.
Naib Canselor dibantu oleh Timbalan Naib Canselor. Kebiasaanya sesebuah universiti mempunyai 3 orang Timabalan Naib Canselor iaitu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Pengantarabangsaan) dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi). Ketiga-tiga Timbalan Naib Canselor membantu Naib Canselor mengikut portfolio serta peranan yang dipertanggungjawabkan.
Pihak universiti juga akan mempunyai seorang Pendaftar, Bendahari dan Ketua Pustakawan. Jawatan-jawatan tersebut dilantik oleh Naib Canselor selepas berunding dengan Lembaga Pengarah Universiti.
Selain itu, Naib Canselor boleh melantik pegawai untuk menjawat jawatan sebagai Dekan Fakulti, Timbalan Dekan Fakulti, Pengarah Institut dan Timbalan Pengarah Institut untuk menggerakkan program dan aktiviti universiti.
Kesimpulannya, Pentadbiran universiti di uruskan oleh Pegawai Akademik. Manakala peranan Pegawai Tadbir Universiti adalah sebagai Pendaftar. Jika diteliti peranan Pendaftar diuniversiti adalah sangat luas. Sebagai contoh Pendaftar berperanan menjadikan Pengurusan Sumber Manusia di Universiti diurus dengan baik. Ini termasuklah urusan pengambikan staf, urusan kenaikan pengkat, urusan peperiksaan jabatan, urusan pengesahan jawatan, urusan perjawatan, urusan sistem governan universiti, urusan cuti belajar, urusan keselamatan kampus dan sebagainya. Justeru, melihat peranan ini seseorang Pegawai Tadbir Universiti perlu diberi peluang untuk mentadbir disetiap PTJ di universiti. Melalui pendedahan tersebut PTU akan lebih kompeten dan mempunyai pengalaman yang pelbagai sebelum menjawat jawatan sebagai Pendaftar. Apabila dilihat dari aspek pembangunan kerjaya, pihak Ketua PTJ biasanya tidak membenarkan PTU melalui proses pertukaran (re-shuffle). Antara alasan yang sering dikemukakan di atas keengganan Ketua PTJ berkenaan perkara tersebut ialah kesukaran mendapatkan pengganti yang lebih baik dan proses adaptasi diri PTU di PTJ baru. Selain itu, pihak universiti khususnya pihak Pendaftar perlu mempunyai perancangan dan dasar berkenaan pembangunan kerjaya PTU.
Peranan dan Tanggungjawab Pegawai Tadbir Universiti
- Pengurusan Jabatan
- Penyediaan/Kemaskini Fail Meja
- Penyediaan/Kemaskini Manual Prosedur Kerja
- Penyediaan/Kemaskini Sasaran Kerja Tahunan Jabatan
- Penyediaan Laporan Tahunan Jabatan
- Penyediaan Laman web
- Promosi dan Publisiti
- Pengurusan Sumber Manusia
- Perjawatan
- Pengambilan Staf
- Kenaikan Pangkat
- Penilaian Sasaran Kerja Tahunan
- Tatatertib
- Kebajikan staf
- Pengurusan Kewangan
- Penyediaan Cadangan Bajet Mengurus
- Penyediaan Cadangan Bajet Dwi Tahunan
- Pengurusan Aset/Inventori
- Pengurusan Stor
- Pengurusan Aset/Inventori
- Pengurusan Pelupusan
- Pengurusan Pembangunan
- Penyediaan Kemudahan Bangunan
- Keselamatan Bangunan
- Pengurusan Penyelenggaran Bangunan
- PTJ Fakulti
- Pengurusan Pelajar
- Pengurusan Konvokesyen
- Pengurusan Pensyarah Fakulti
- PTJ Penyelidikan (Institut Kecemerlangan Penyelidikan, Pusat Pengurusan Penyelidikan)
- Pengurusan Geran Penyelidikan
- Pengurusan Promosi dan Publisiti Penyelidikan
- Pengurusan Harta Intelek
- PTJ (Sekolah Siswazah)
- Pengurusan Pelajar Siswazah
- Pengurusan Tesis
- Jabatan Pendaftar – lebih fokus kepada portfolio tersendiri seperti unit perjawatan, Unit Perkhidmatan dan sebagainya
- PTJ lain seperti Bahagian Komunikasi Korporat, Bahagian Teknologi Maklumat, Jabatan Bendahari,Bahagian Pembangunan adalah tertempu kepada fungsinya yang tersendiri
Sebagai PTU, peranan lain yang perlu di mainkan ialah memberi nasihat kepada Dekan, Pengarah dan Ketua Jabatan berkaitan pengurusan pentadbiran dan kewangan jabatan.
Kemajuan Kerjaya Pegawai Tadbir Universiti
Jawatan Pendaftar merupakan jawatan utama bagi PTU di sesebuah universiti. Sebelum berpeluang menjawat jawatan sebagai Pendaftar, PTU berpeluang menjawat jawatan sebagai;
- Penolong Pendaftar (Gred N41)
- Penolong Pendaftar Kanan (Gred N44)
- Ketua Penolong Pendaftar (Gred N48)
- Timbalan Pendaftar (N52)
- Pendaftar (N54)
- JUSA (Jawatan Utama Sektor Awam), KUP (Khas Untuk Penyandang)
Peperiksaan Tahap Kecekapan
Sebelum diperkenalkan PTK, dalam Sistem Saraan Malaysia, pihak kerajaan telah melaksanakan Sistem Saraan Baru (SSB). Didalam SSB lantikan kejawatan yang lebih tinggi adalah mengikut kekananan dan pengalaman yang ada. Sementara dalam SSM, PTK menjadi tanda aras kepada keperluan untuk mendapatkan kenaikan ke gred yang seterusnya.
Senarai Semak bagi PTU Baru
- Aku Janji
- Kursus Induksi Umum/Kusus
- Peperiksaan Jabatan - Pengesahan Jawatan
- Kursus Biro Tatanegara (BTN)
- Kursus Peperiksaan Tahap Kecekapan-Anjakan Gaji dan Kenaikan Pangkat
- Menghadiri kursus-kursus berkenaan peningkatan kerjaya PTU
- Kemahiran Pentadbiran
- Kemahiran Komunikasi
- Kemahiran Bahasa
- Kemahiran Kaunseling
- Pengurusan Kewangan
- Manyertai NGO berkaitan kemajuan kerjaya PTU
Rujukan Pegawai Tadbir Universiti
Rujukan berikut perlu ada sebagai Pegawai Tadbir Universiti;
1. Rancangan Malaysia
2. Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
3. Perintah Am
4. Surat Pekeling/Pekeling-Pekeling Pentadbiran Kerajaan
5. Perbendaharaan Malaysia
6. Statut/Panduan/Peraturan/Pekeling-Pekeling Pentadbiran dan Kewangan Berkuat Kuasa di Universiti
7. Pelan Strategik Univresiti
8. Akta Pencegahan Rasuah
9. Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara
10. Surat Penurunan Kuasa
11. Manual Prosedur Kerja (MPK)
12. Fail Meja (FM)
Tatacara Penulisan Minit Mesyuarat
PTU dan Setiauasha Mesyuarat adalah sangat sinonim dan antara peranan PTU di Universiti. Oleh itu pengurusan mesyuarat adalah sangat penting bagi memastikan ianya berjalan dengan lancar. Tatacara penulisan minit mensyuarat ada dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilanagn 1 Tahun 1999. Berikut adalah panduan penulisan minit yang betul.
- Senarai Ahli
- Minit Mesyuarat
- Kaedah
- Senarai Semak
Pengurusan Projek/Kerja
Sebagai PTU dan juga Pentadbir disesebuah PTJ, pengurusan projek adalah penting. PTU perlu mempunyai senarai semak dan jadual kerja yang betul. Pengurusan dan pentadbiran di Fakulti, Institut, Pejabat Pendaftar, Pejabat Hal Ehwal Pelajar adalah agak berbeza. Walaubagaimanapun, ia mempunyai persamaan dari aspek penyelarasannya. Berikut adalah contoh templet Pengurusan Projek;
Mesyuarat-Mesyuarat di Universiti
Berikut adalah beberapa contoh mesyuarat pengurusan di universiti:
- Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Universiti
- Mesyuarat Senat
- Mesyuarat Pengurusan Kewangan
- Mesyuarat Pengurusan Pembangunan
- Mesyuarat Pengurusan Penyelidikan
- Mesyuarat Pengurusan ICT
- Mesyuarat Pengurusan Konvokesyen
Walaubagaimanapun, disesebuah PTJ, lazimnya mesyuarat yang perlu diadakan;
- Mesyuarat Pengurusan
- Mesyuarat Kewangan
- Mesyuarat Khas Projek
Mesyuarat Pagi ‘Morning Briefing’
Sebagai PTU, Mesyuarat Pagi adalah penting untuk memastikan kerja yang dijalankan dipantau dengan baik. Mesyuarat Pagi diadakah setiap hari sebelum kerja pada hari tersebut dilakukan. Mesyuarat pagi pada kebiasaannya dilakukan dalam tempoh masa selama 15 minit.
Pengurusan Fail Jabatan
Pengurusan Fail menjadi keutamaan di mana-mana PTJ. Biasanya setiap universiti mempunyai sistem pengurusan fail yang berbeza. Fail disusun mengikut kod yang dipersetujui diperingkat universiti. Walaubagaimanapun setiap fail perlu diurus berpandukan Pekeliling Perkhidmatan Bil 3 Tahun 1999. Berikut adalah tatacara yang dinyatakan dalah pekeliling tersebut.
Pengurusan Stor
Stor merupakan tempat penyimpanan barang-barang berharga di sesuatu jabatan. Stor di urus berpandukan Tatacara Pengurusan Stor di dalam Perbendaharaan Malaysia
Perkara-Perkara Yang PTU Tahu Mengenai Universiti Anda
- AUKU
- Nama Menteri Pengajian Tinggi Malaysia
- Nama Lembaga Pengarah Universiti
- Nama Naib Canselor Universiti
- Nama Timbalan-Timbalan Naib Canselor Universiti
- Nama Pegawai Utama Universiti
- Slogan Universiti
- Misi Universiti
- Warna Korporat Universiti
- Sejarah/Latarbelakang Universiti/PTJ bertugas
- Skop dan bidang tugas PTJ-PTJ lain di universiti
- Bina rangkaian kerja dengan pegawai yang mempunyai tugas yang sama dari universiti lain.
- Kejayaan-kejayaan universiti
- MOU Universiti
- Kemudahan di Universiti
- Fokus Universiti
- Program Pengajian di Universiti
Kumpulan Tidak Rasmi ‘Informal Group’
Bagi membina rangkaian serta menguatkan lagi hubungan profesional, PTU disaran menganggotai mana-mana badan bukan kerajaan (NGO). Melalui penyertaan sebegini secara tidak langsung akan melahirkan PTU yang ‘versetile’. Berikut antara kelab yang boleh dianggotai;
- Kelab Sukan
- Kelab Golf
- Kelab Kebudayaan
- Projek Komuniti
Menjalankan Perniagaan
PTU tidak dibenarkan menjalankan perniagaan kecuali diberi kebenaran khas oleh Naib Canselor. Ini di nyatakan di dalam Pekeliling perbendaharaan Bilangan 4 Tahun 1999. Menjalankan perniagaan akan menimbulkan konflik dikalangan staf dan boleh memberi implikasi kepada prestasi kerja.
Menyertai Parti Politik
Menyertai aktiviti politik adalah tidak dibenarkan kepada mana-mana Penjawat Awam. Penjawat Awam yang terlibat dalam aktiviti politik secara langsung boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut seksyen 12 para mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan 1995)
Peka Terhadap Keadaaan Sekeliling
PTU wajar dan seharusnya mengetahui berita dan perkembangan mengenai dunia akademik, penyelidikan, sosial, ekonomi, politik, ICT, keselamatan dan pembangunan yang berlaku disekililing samaada di peringkat universiti, negara atau luar negara. Perkara tersebut boleh membantu PTU membuat keputusan selain menjadi informasi yang berguna.
Proaktif dan Kreatif
Inisiatif yang berterusan serta sikap kreatif yang positif akan melahirkan PTU yang lebih unggul.
Pengurusan Pejabat
Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan Pekeliling mengenai Panduan Pengurusan Pejabat. Pekeliling tersebut sangat sesuai digunakan bagi membantu PTU menguruskan pejabat dengan lebih cekap dan kemas selaras dengan peraturan kerajaan Malaysia.
Kelayakan Menjawat Jawayan Pegawai Tadbir Universiti (Gred N)
Syarat dan kelayakan bagi Jawatan Pegawai Tadbir Universiti ialah;
- Ijazah Sarjana Muda dengan Kepuijan (dalam apa jua bidang)
- Kredit Bahasa Melayu
- Lulus Bahasa Inggeris
- Pengalaman yang bersesuaian
Mekanisme pengambilan PTU antara universiti adalah berlainan. Walaubagaimanapun syarat diatas adalah sama bagi setiap universiti. Berikut adalah peringkat biasa yang dilaksanakan oleh universiti bagi temuduga bagi PTU ;
1. Peperiksaan Bertulis
2. Peperiksaan Amali dan Pembentangan
a. Kemahiran ICT
b. Kemahiran Pengucapan Awam
3. Temuduga
Isu-Isu Jawatan Pegawai Tadbir Universiti
Isu Kedudukan dalam Universiti
Pegawai Tadbir Universiti sering di kelaskan kepada pegawai kelas kedua jika dibandingkan dengan Pegawai Tadbir dan Diplomatik dan Pegawai Tadbir Negeri yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam masyarakat dan juga negara. Ini disebabkan oleh fungsi, peranan dan tanggungjawab yang berbeza jika di lihat dari aspek tersebut.
Di Universiti, Pegawai Tadbir di kategorikan sebagai Pengurusan Profesional (Bukan Akademik) dan di gelar sebagai Penolong Pendaftar. Gelaran tersebut diberikan kerana kemajuan kerjaya seseorang Penolong Pendaftar ialah menjadi seorang Pendaftar. Ia berlainan dengan Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang
di gelar sebagai Penolong Pengarah kerana dari aspek kemajuan kerjaya akan menjadi Pengarah sesuatu bahagian di mana-mana kementerian. Selain itu PTD juga berpeluang menjadi Ketua Setiausaha Negara, Duta Kerajaan Malaysia di mana-mana negara Komanwel, Pegawai Daerah (District Officer), Setiusaha Politik kepada mana-mana menteri dan sebaginya. Sementara itu, bagi Pegawai Tadbir Negeri mempunyai kemajuan kerjaya menjadi Setiusaha Kerajaan Negeri dan Ketua Jabatan di Unit Perancang Ekonomi Negeri dan sebagainya.
Isu Peranan dan Tanggungjawab
Peranan dan tanggungjawab Pegawai Tadbir universiti amat terbatas jika dibandingkan dengan PTD dan PTN. PTD dan PTN boleh mengetuai sesuatu jabatan atau bahagian sementara Pegawai Tadbir Universiti hanya mempunyai peluang menjadi Pendaftar di mana peluang menjawat jawatan tersebut terlalu kecil. Ini kerana di sebuah universiti hanya mempunyai seorang Pendaftar. Sebagai sebuah Negara yang memberi keutamaan kepada pendidikan tinggi, pihak kerajaan disaran untuk melihat semula peranan dan tanggungjawab Pegawai Tadbir Universiti supaya dapat memberikan gambaran yang terbaik di Institusi Pengajian Tinggi. Skop tugas dan tanggungjawab perlu diperluas dan penurunan kuasa seperti kuasa kewangan, pentadbiran perlu diberikan untuk bagi memudahkan serta membantu universiti melancarkan pengurusan universiti.
Pihak universiti hanya memberikan kuasa penuh kepada PTU untuk menjalankan pentadbiran kewangan dan personnel kepada Pejabat Pendaftar. Ini kerana kebiasaannya PTJ tersebut akan di ketuai oleh Pegawai Tadbir Universiti (Pendaftar). Sementara bagi PTJ-PTJ lain akan diketuai oleh Pegawai Akademik. PTJ-PTJ lain yang diketuai oleh Pegawai dari kalangan Pengurusan dan Profesional (Bukan Akademik) terdiri daripada Pejabat Pendaftar, Pejabat Bendahari, Bahagian Pembangunan, sebahagian daripada di Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan beberapa PTJ lain).
Secara sinis PTU sering ditugaskan untuk mencatat Minit Mesyuarat dan banyak bertindak sebagai setiausaha dalam sesuatu mensyuarat. PTU tidak diberi peluang untuk memberikan pandangan dan buah fikiran dan pihak Pegawai Akademik sering memandang remeh berkenaan pandangan tersebut.
Isu Perjawatan dan Kemajuan Kerjaya
Secara perbandingan juga Pegawai Tadbir Universiti bergantung kepada kekosongan jawatan untuk kemajuan kerjaya. Sebagai contoh, sesorang Pegawai tadbir Gred N41 perlu menunggu kekosongan jawatan di Gred N44 untuk melayakkan menjawat gred tersebut. Ia berlainan dengan Pegawai Tadbir dan Diplomatik dan Pegawai Tadbir Negeri yang mempunyai fleksebaliti tersebut.
Pihak Universiti kurang memberi penekanan terhadap kemajuan kerjaya (perjawatan) kepada Pegawai Tadbir Universiti. Justeru, jika dilihat dari perspektif pemabngunan universiti ia banyak menyumbang kepada kelancaran pengurusan universiti. Mentaliti dan pandangan universiti kepada kebolehan Pegawai Tadbir Universiti juga sering dipertikai. Pihak Universiti lebih selesa melantik Ketua Jabatan dari kalangan Pegawai Akademik berbanding PegawaTadbir, walaupun Pegawai Akademik tersebut tidak mempunyai sebarang pengalaman dari aspek pengurusan.
Pihak universiti sering memberi keutamaan kepada kemajuan kerjaya seseorang pensyarah berbanding Pegawai Tadbir Universiti.
Isu Peringkat Pendidikan dan Pengalaman
Perkara yang sering diungkitkan dalam pelantikan ke sesuatu jawatan di universiti adalah peringkat pengajian. Secara prinsipnya, pihak kerajaan menetapkan kelayakan untuk menjawat jawatan Pegawai Tadbir Universiti adalah perlu mempunyai Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian.
Justeru, pihak pentadbiran universiti harus memahami hakikat tersebut dan isu peringkat pengajian tidak sesuai dijadikan isu yang utama. Ini kerana seseorang PTU yang telah lama berkhidmat akan mengalami proses pembelajaran jangka panjang dan itu akan membantu banyak perkara dalam urusan pengurusan dan pentadbiran universiti. Sesetengah PTJ seperti bahagian penyelidikan, institusi-institusi yang spesifik kepada penyelidikan adalah perlu di ketuai oleh Pegawai Akademik di universiti. Walaubagaimanapun, pihak universiti perlu memikirkan kedudukan Pegawai Tadbir Universiti untuk mengetuai pengurusan kewangan dan personnel. Ini bermakna, Pegawai Tadbir tersebut bukan hanya diberikan mandat atau kuasa menyelaras tetapi perlu diberikan kuasa untuk menandatangani Pesanan Belian, Penilaian Sasaran Kerja Tahunan dan sebagainya. Ini adalah praktis yang dilakukan oleh pentadbiran PTD di hospital kerajaan. Sebagai contoh, sesebuah hospital di ketuai oleh seorang doktor yang berpengalaman. Walaubagaimanapun, bagi menguruskan personnel dan urusan kewangan ia melantik PTD untuk menguruskan perkara tersebut dan bukannya dikalangan doktor perubatan.
Pegawai Tadbir Universiti: Perspektif Kerjaya
Buku ini ditulis bertujuan memberikan panduan kepada Pegawai Tadbir Universiti (PTU) untuk memahami peranan, fungsi dan tanggungjawab sebagai Penjawat Awam Badan Berkanun khususnya Pegawai Tadbir Universiti (Gred N).
Seperti yang sedia maklum universiti merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang menyediakan peluang pembelajaran dan penyelidikan yang perlu di urus dengan baik . PTU diibaratkan sebagai Tiang Seri kepada kecemerlangan dan kegemilangan sesebuah universiti yang melahirkan graduan dan hasil penyelidikan yang unggul. Justeru, bagi menyediakan PTU menjadi pegawai yang berdedikasi dan profesional, buku ini digarap dapat membantu ke arah hasrat tersebut.
Adalah menjadi harapan saya agar buku kecil ini berguna dan menjadi sumber rujukan dan inspirasi untuk memjukan diri dalam kerjaya sebagai Pegawai Tadbir Universiti (PTU) dan juga Pegawai-Pegawai Profesional lain serta Pegawai Sokongan. Selain itu, buku ini juga mengenengahkan beberapa isu berkenaan PTU yang boleh di kongsi bersama.
Selamat Membaca
Zul-Atfi Hashim
Kini berkhidmat sebagai
Penolong Pendaftar Kanan
di Pejabat Dekan
Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi
Universiti Malaysia Terengganu
Disember 2008
PTD Post (Pegawai Tadbir Dan Diplomatik) is Now For All Races
PTD or Pegawai Tadbir dan Diplomatik is considered one of the most exclusive positions in the civil service. Maybe sounds overrated, but PTD is a fast track to power, glory and fame. Those with strong capability and those with strong cabelity will go through rapid promotion and will eventually hold key government positions that include KSU (Ketua Setiausaha), Director General (Ketua Pengarah), District Officer (DO) and KSN (Ketua Setiausaha Negeri).
PTD is one of the earliest posts introduced in the Malaysian civil service which started back in 1904. It was first known as Malaysian Home and Foreign Services (MHFS), then changed to Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD) as we know today. The PTD officers are involved in the country development at all levels.
They are responsible in strengthening the country administration function, social infrastructure development, economy and the industrial. In other words, it is one of the most important portfolios before the country embraced and emphasize on the private sector. As the name sounds, some of the PTD officers are also sent as the country diplomatic representative and are based in the Malaysian embassies abroad. But that’s not all about PTD. Apart from the international diplomatic representation, the PTD also consists of the following fields, namely:
- International Relation
- National Security and Defense
- Information Technology and Communication Management
- Administration and Development
- Human Resources and Organizational Management
- Financial Resources and Management
Recently, Deputy Prime Minister, Datuk Seri Najib Tun Razak announced that the PTD post now is open to all races.
In a bid to expand the talent pool in the civil service, the Government has opened applications for Administrative and Diplomatic Officers (PTD) post to anyone, including those from outside the public sector.
Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said anyone entering the workforce and experienced staff with talent in multi disciplines could apply for the post.
“If these people have proved their worth in other services they could apply to be PTD officers; then the government sector will have a more effective talent pool.
“This is in line with the Government’s intention to recruit the best talents and best brains for the public sector,” he said.
Sunday, December 7, 2008
Konsep imam solat asas rujukan pentadbiran
KEPEMIMPINAN dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran Islam adalah berlandaskan
konsep al-Imamah yang bermaksud menghayati kepemimpinan imam dalam solat berjemaah.
Pelantikan seorang imam solat tidak boleh diambil secara mudah, bahkan ia mesti menepati
beberapa syarat seperti berilmu, baik bacaan, tidak fasik serta disukai makmum.
Setiap pergerakan imam mesti dipatuhi dan diikuti makmum. Jika pergerakan makmum
mendahului imam, maka tidak dikira pahala berjemaah.
Namun begitu, jika imam ada melakukan kesilapan sewaktu mengetuai solat jemaah seperti
terlebih atau tertinggal rakaat solat, makmum boleh menegur kesalahan imam dengan kaedah
bacaan subhanallah.
Jika imam masih melakukan kesalahan selepas ditegur dengan bacaan subhanallah, maka di
ketika itu barulah makmum boleh berniat mufaraqah iaitu niat tidak mengikut imam kerana
kesilapan yang dilakukan.
Makmum tidak dibenarkan terus bermufaraqah sebelum dibetulkan melalui isyarat bacaan
subhanallah.
Ini peraturan yang diajar syariat Islam berkaitan kepemimpinan dalam solat, maka dalam bidang
pemerintahan dan pentadbiran, konsep itu juga menjadi rujukan dan panduan.
Ketaatan seorang pengikut kepada pemimpin atau seorang pekerja kepada majikan bukan
mutlak, namun perlu melihat beberapa etika seperti mana digariskan secara dasarnya oleh al-
Quran dan al-Sunnah.
Jika pemimpin tersalah dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ketua dengan
kesalahan yang bercanggah syariat Islam, terutama ketika dalam memberi sesuatu arahan, maka
pengikut hendaklah dengan penuh diplomasi menegur kesalahan pemimpin dan memperbetulkan
supaya arahan tidak dipatuhi secara membuta tuli.
Apabila selepas teguran dilakukan, pemimpin atau ketua masih dengan keangkuhannya, maka di
situ tiada lagi ketaatan patut diberikan.
Sebagai asas perbincangan, asal ketaatan kepada kepemimpinan adalah wajib. Ini berpandukan
kepada firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan
taatilah Rasul-Nya dan ulil amri daripada kalangan kamu.” (Surah al-Nisaa’, ayat 59)
Rasulullah SAW bersabda dalam satu hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud:
“Sesiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah, dan sesiapa yang
menderhakaiku, maka sesungguhnya dia telah menderhakai Allah, dan sesiapa yang mentaati
pemimpin-pemimpinku, maka dia sesungguhnya mentaatiku, dan sesiapa yang menderhakai
perintah pemimpin-pemimpinku, maka sesungguhnya dia telah menderhakaiku.” (Sahih Bukhari,
Fath al-Bari, ibn Hajr al-Asqalani)
Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud: “Hendaklah kamu dengar dan taat kepada perintah
pemimpin walaupun ianya adalah seorang hamba habsyi (dari Habsyah) yang hitam rambutnya
(berwajah hitam).” (Sahih Bukhari, Fath al-Bari, ibn Hajr al-Asqalani)
Doktor Wahbah al-Zuhayli dalam tafsirnya menyatakan sebahagian ahli tafsir berpendapat, ulil
amri ialah pemerintah dan beliau juga menyebut sebahagian yang lain menjelaskan ulil amri ialah
ulama yang menerangkan hukum syarak kepada masyarakat.
Lantas Ibn al-Arabi mengambil pendapat bahawa ulil amri adalah kedua-dua golongan itu yang
wajib ditaati apabila mereka mengeluarkan sesuatu perintah.
Namun begitu, seperti mana yang dijelaskan bahawa ketaatan kepada golongan pemerintah
bukan mutlak.
Dengan sebab itu, Imam Fakr al-Razi menyebut jika berlaku percanggahan pendapat antara
individu atau golongan yang dipimpin dengan pendapat pemerintah, pentadbir mahupun ulama,
perkara itu perlu dirujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah.
Hendaklah diambil mana yang bertepatan dengan kehendak sumber wahyu itu. Jika
pertelingkahan itu bercanggah dengan ketetapan pedoman wahyu al-Quran dan al-Sunnah,
maka suruhan dan arahan ulil amri tidak wajib dipatuhi.
Ini bertepatan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Mendengar dan taat seorang Muslim
(kepada pemerintahnya) adalah wajib sama ada ia suka ataupun tidak selagi mana ia tidak
disuruh melakukan perkara maksiat.
Apabila diperintah melakukan sesuatu perkara ada unsur kemaksiatan, maka tiada lagi istilah
dengar mahupun taat.” (Sahih Bukhari, Fath al-Bari, ibn Hajr al-Asqalani)
Perkara ini diperkuatkan melalui hadis daripada Ubadah bin al-Samit yang bermaksud: “Tidak
ada ketaatan kepada perintah orang yang tidak taat kepada Allah.” (Sahih al-Bukhari, Fath al-
Bari, ibn Hajr al-Asqalani)
Pernyataan ini adalah asas panduan dalam memberi ketaatan kepada pemimpin yang dilantik
menguruskan perihal manusia. Sehubungan itu, ketaatan secara membuta tuli adalah dilarang.
Mengikut laporan akhbar dan media massa, terdapat pengikut organisasi, kumpulan, parti politik,
jabatan kerajaan mahupun swasta, sanggup melakukan apa saja arahan daripada pemimpin
mereka sehingga sanggup melakukan pertumpahan darah, penyelewengan akidah dan pelbagai
bentuk kezaliman lain.
Begitu juga dengan peningkatan kes rasuah kerana terlalu mentaati pemimpin tanpa melihat
suruhan itu bercanggah dengan ajaran Islam.
Sejarah Islam mencatatkan Rasulullah SAW dalam banyak keadaan sering melakukan
perbincangan bersama sahabat sebelum membuat keputusan kerana Baginda tidak mahu dilihat
sebagai pemegang kuasa veto yang setiap arahan wajib dipatuhi sama ada dipersetujui sahabat
lain atau sebaliknya.
Walaupun Baginda seorang pemimpin negara tetapi dalam membuat keputusan, konsep syura
diutamakan supaya ketaatan yang diberikan sahabat ada alasan dan hujah bersesuaian.
Contoh, cara menetapkan kaedah menyeru orang Islam menunaikan solat melalui laungan azan,
pelaksanaan cadangan Salman al-Farisi supaya digali parit dalam Perang Khandak,
pembebasan tawanan perang Badar dan bermacam lagi keputusan yang diputuskan Baginda
berdasarkan semangat perbincangan dan bukannya keputusan mutlak.
Begitu juga amalan Khulafa al-Rasyidin, Saidina Abu Bakar al-Siddiq, mengambil keputusan
untuk mengarahkan supaya al-Quran dibukukan menjadi satu mashaf setelah cadangan dan
alasan dikemukakan oleh Saidina Omar al-Khattab.
Saidina Umar al-Khattab sendiri pernah ditegur rakyat kerana keputusannya mengarahkan mahar
kaum wanita dihadkan jumlahnya.
Malah, pernah beliau diajukan pedang oleh rakyat pimpinannya untuk diperbaiki kesalahan yang
mungkin akan dilakukan olehnya sewaktu menjadi khalifah.
Ini membawa maksud khalifah sendiri tidak meminta mereka ditaati secara melampau kerana ia
mengundang pelbagai permasalahan yang timbul baik kepada pemimpin mahupun pengikut.
Seharusnya amalan ini dijadikan contoh dalam mewujudkan suasana kepemimpinan yang telus
dan mempunyai integriti bertepatan tuntutan syariat Islam.
Melihat kepada beban amanah kepemimpinan, Rasulullah SAW melarang umat Islam memintaminta
jawatan kerana ia akan disoal dan dipertanggungjawabkan di hari akhirat kelak.
Dalam hal ini, Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Ketahuilah bahawa setiap daripada
kalangan kamu adalah pengembala dan kamu akan dipertanggungjawabkan atas gembalaan
kamu.” (Sahih al-Bukhari, Fath al-Bari, ibn Hajr al-Asqalani)
Justeru, kepemimpinan hanya selayaknya diberikan kepada mereka yang betul berkemampuan
memikul amanah berat ini. Jawatan yang disandang bukanlah tiket untuk mendapat
kemasyhuran dan menunjukkan kuasa, tetapi ia tugas yang memerlukan kekuatan fizikal, mental
serta diperkuatkan dengan unsur kerohanian.
Tetapi apabila seseorang diberi amanah, hendaklah menjalankannya dengan penuh kejujuran
dan tanggungjawab supaya di hari akhirat kelak, pemimpin tidak dipersalahkan oleh pengikut
kerana penyalahgunaan kuasa, khianat, rasuah dan sebagainya.